AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, March 24, 2011

Ahli PKR demo desak 'Datuk T' ditangkap

Pemimpin PKR ldi seluruh negara membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T' berhubung pembabitan mereka dalam video seks yang didakwa memalitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE
Di Kuala Lumpur, ahli parlimen, Kelana Jaya Gwo Burne membuat laporan ke atas Datuk T kerana mengedarkan bahan lucah dan melakukan ugutan jenayah.

"Kami mahu polis menyiasat dengan teratur, telus dan menyeluruh berhubung perkara itu,” kata sebelum masuk ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Beliau diiringi oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam.

Datuk T adalah nama samaran bagi tiga tokoh - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Mereka mengakui bertanggungjawab menjemput beberapa pertubuhan media untuk menonton video seks yang dikatakan membabitkan ketua umum PKR itu dengan seorang pelacur.

Di Alor Setar, kira-kira 30 ahli PKR Kedah hari ini mengadakan perhimpunan di luar balai polis Alor Setar bagi mendesak kumpulan tiga orang yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T' ditangkap.

Perhimpunan aman selama 10 minit ini diketuai oleh ahli jawatankuasa pusat PKR, Gooi Hsiao Leung, yang juga membuat laporan polis selepas perhimpunan itu.

NONE
Kumpulan itu juga membawa sepanduk dan melaungkan slogan reformasi manakala kenderaan yang berulang-alik di kawasan itu membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Terdapat juga perwakilan dari Baling, Kuala Ketil, Alor Setar dan Kubang Pasu.

Polis diminta menyiasat perkara itu sebagai kesalahan jenayah mengikut Seksyen 292, Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002, kerana menayang bahan lucah kepada awam serta Seksyen 503 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut dan menakut-nakutkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009