Arkib Blog

Wednesday, February 9, 2011

Khusrin dibenar angkat sumpah rahsia minggu depan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi yang dilantik oleh kerajaan persekutuan akan dibenarkan mengambil sumpah kerahsiaan di hadapannya minggu depan.

Namun, beliau enggan memberikan tarikh yang tepat.

NONE
"Ia minggu depan. Kami akan maklumkan kepada anda. Kita ada jadual,” kata Khalid.

Khalid juga berkata sebaik mengangkat sumpah kerahsiaan itu, setiausaha kerajaan negeri Selangor itu akan dibenarkan menghadiri mesyuarat exco.

"Kita akan menstrukturkan mesyuarat exco kepada dua bahagian.

“Satu bahagian, dia (Khusrin) boleh hadir dan satu bahagian lagi, dia tak boleh hadir,” jelasnya.

Ini kata Khalid adalah perkara yang lazim dilakukan kerana ada kalanya, exco yang dilantik oleh rakyat perlu membincangkan perkara tertentu tanpa kehadiran pegawai ex-officio.

"Ini perkara biasa, malah kakitangan awam juga adakan mesyuarat mereka yang tidak dihadiri oleh exco, contohnya mesyuarat ketua jabatan,” katanya.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009