AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, January 4, 2011

Unisel: Penganti Rosmah Belum Diputus - MB Selangor


SHAH ALAM 4 JAN: Kerajaan Selangor belum membuat keputusan mengenai calon Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) walaupun ada cadangan melantik pemimpin politik.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelantikan canselor baru itu hanya akan dibuat selepas kerajaan negeri bermesyuarat dengan Unisel.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini sebagai mengulas kenyataan pelajar Pro-Mahasiswa Unisel yang tidak mahu ahli politik atau yang berlatar belakang politik dilantik sebagai canselor baru menggantikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sebelum ini, dilaporkan ada pihak mencadangkan sama ada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau bekas Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dilantik ke jawatan tersebut.

Pada November lepas, Rosmah yang dilantik sebagai Canselor Unisel pada Feb 2006 mengumumkan pengunduran diri daripada jawatan itu sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir pada Februari ini.

Terdahulu, Presiden kumpulan Pro-Mahasiswa Unisel Muhammad Nasir Abu Bakar berkata mereka mahukan seorang ahli akademik sebagai canselor, lapor Bernama.

Mereka turut mencadangkan kepada kerajaan negeri dan pihak pentadbiran Unisel agar mempertimbangkan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sebagai canselor baru berikutan pengalaman luas beliau dalam bidang akademik.

Muhammad Nasir berkata penuntut Unisel juga menolak campur tangan parti politik dalam pembangunan pendidikan negara.

"Mahasiswa-mahasiswi Unisel menggesa supaya pendidikan bebas daripada campur tangan politik yang jelas menunjukkan bertujuan untuk menjaga posisi dan kedudukan seseorang," katanya.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009