PETALING JAYA 11 JAN: Pemimpin Umno dan Perkasa menggunakan akhbar Utusan Malaysia untuk menuduh Pakatan Rakyat sebagai kononnya derhaka dengan Istana tetapi menyembunyikan penderhakaan nyata mereka terhadap institusi Raja.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keghairahan pihak berkenaan membuat laporan polis terhadap ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafei bersabit penulisan di blognya adalah contoh terbaru yang menyerlahkan sifat hipokrit mereka.
"Bahasa biasanya kepura-puraan, bahasa kasarnya kemunafikan. Kalau kenyataan Shuhaimi ini dianggap sebagai derhaka, macam mana dengan kenyataan kepimpinan Umno selama ini yang menyerang Raja-Raja seperti di Terengganu, di Kelantan dan dalam masa pindaan Akta Perlembagaan menarik kuasa Raja-Raja Melayu," kata Anwar.
Pada tahun 2008, Sultan Terengganu menjadi sasaran ahli Umno yang membantah perlantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar negeri itu.
Tunjuk perasaan dan sepanduk yang menghina Istana Terengganu dianjurkan oleh Umno dan didukung penuh oleh akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia.
"Jadi ini tunjukkan ada dua Malaysia. Satu untuk mempertahankan kekebalan pemimpin Umno, Satu lagi untuk rakyat Malaysia yang lain," katanya lagi.
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata Umno harus mengikis amalan untuk melagakan Istana dengan musuh politiknya bagi mencari sokongan orang Melayu.
"Perkara ini sepatunya tidak lagi disensasikan oleh media milik Umno semata untuk modal politik, dalam keadaan rakyat semakin yakin dengan Pakatan Rakyat, terutama selepas konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini," katanya.
Sumber: TVSNEWS

0 comments:
Post a Comment