AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Sunday, January 30, 2011

PRK DUN Tenang : SPR Patut Tangguh Akibat Bencana Alam


LABIS 30 JAN : Pakatan Rakyat berpandangan bencana alam yang menimpa kawasan DUN Tenang yang mengakibatkan beberapa kawasan pembuangan undi dilanda banjir, membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan proses pengundian jika keadaan bertambah buruk.

Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang, Salahuddin Ayub berkata, keadaan yang kritikal seperti ini membolehkan pihak SPR untuk memikirkan alternatif lain supaya proses pengundian berjalan dengan lebih lancar dan tidak membebankan pengundi di N05 ini.

" Saya rasa mereka harus melihat tuntutan kita itu agak relevan dan kita mempunyai masa sejam lagi untuk melihat secara keselurahan peratus keseluruhan keluar mengundi, saya rasa itu masih lagi boleh kita ajukan kepada mereka," kata Salahuddin.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof bahawa proses pengundian tidak akan dipanjangkan walaupun dalam keadaan paras air yang semakin meningkat.

Beberapa jalan menunju ke pusat pengundian tidak boleh dilalui buat masa ini kerana ditenggelami air.

Antaranya ialah jalan ke Kampung Tenang, Air Panas, Ulu Juaseh, Sawah Baru, Felda Tenang, Kampung Radong dari Pekan Labis, Segamat yang terputus hubungan kerana dinaiki air.

Sementara Jalan Labis-Segamat juga turut ditenggelami air yang mengakibatkan kesukaran kepada kenderaan dan pengundi untuk membuang undi di Ladang Bukit Dato dan SMK Kamarul Ariffin yang dikatakan turut dinaiki air.

" Saya melihat perkara itu dalam konteks yang cukup kritikal yang sepatutnya SPR melihat dari semua peti undi yang diarah mengundi, yang kita lihat pada ketika ini dilanda oleh banjir kilat ini," tambah Salahuddin lagi.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009