AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, January 27, 2011

Mahkamah Tolak Rayuan Lima Mahasiswa Bantah ISA


KUALA LUMPUR 27 JAN : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan lima bekas mahasiswa yang didapati bersalah menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001.

Hakim Datuk Su Geok Yiam dalam penghakimannya mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda RM3,900 tiap seorang atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya.

Hakim Su berkata, beliau berpuas hati dengan kes pendakwaan dan menolak rayuan mereka.

Lima pelajar terbabit ialah Nik Nik Norhafizi Ibrahim, 31; Zulkefle Idris, 31; Ahmad Kamal Abdul Hamid, 30; Rafzan Ramli, 34, dan Khairul Amal Mahmud, 31.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (5) (a) Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda antara RM2,000 dan RM10,000 dan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun, jika sabit kesalahan.

"Perkara 27(5)(a) Akta Polis tidak melanggar hak perlembagaan persekutuan untuk berkumpul dan ianya adalah sah dan mengikut berperlembagaan," katanya.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009