AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, January 4, 2011

Kembali Kuasa Kepada Sultan, MB Langkah Tepat- Dr Manuty


PETALING JAYA 4 JAN: PKR yakin usaha mengembalikan kuasa perlantikan pegawai kanan eksekutif kepada Sultan dan Menteri Besar adalah langkah tepat memulihkan institusi Raja Berperlembagaan.

Ketua Penerangannya Dr Mohd Nur Manuty berkata PKR menyokong penuh sidang tergempar Dewan Negeri Selangor yang akan dipanggil dalam masa terdekat untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan mengembalikan kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang kepada yang berhak.

Umno-Barisan Nasional(BN) secara paksa telah mencabut kuasa perlantikan itu walaupun mendapat bantahan dari Majlis Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1993.

"Keadilan berkeyakinan usaha mengambalikan semula kuasa perlantikan tiga pegawai eksekutif adalah langkah konkrit untuk mengangkat kembali martabat institusi Raja Berperlembagaan sebagaimana yang diputuskan sebagai dasar bersama Pakatan Rakyat.

"PKR merakamkan kesyukuran ke bawah DYMM Sultan Selangor yang telah memberi perkenan menyerahkan kembali urusan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada kebijaksanaan Menteri Besar Selangor untuk menjadi jalan penyelesaian dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam," jelasnya dalam sidang media di ibupejabat PKR disini hari ini.

Selangor diancam krisis perlembagaan selepas Kerajaan Pusat melantik bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) Datuk Mohd Khusrin Munawi secara senyap.

Media melaporkan bahawa pihak istana memperkenankan perlantikan itu.

Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kerana kuasa sedemikian ditarik Umno-BN.

"Hakikatnya kuasa perlantikan para pegawai telah dihapuskan oleh Umno dalam pindaan perlembangaan secara paksa pada tahun 1983 dan 1993 meskipun telah ditolak oleh Majlis Raja-Raja Melayu ketika itu.

"Umno bersedia memperalatkan apa jua institusi negara demi mengekalkan kuasa dan pelbagai pengkhianatan yang dilakukan terhadap rakyat dan negara selama ini," katanya.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009