AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, January 5, 2011

Isu SUK : Tidak Halang Kerajaan Berkhidmat Untuk Rakyat


PETALING JAYA 5 DIS: Isu percanggahan berkenaan perlantikan Setiausaha Negeri Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi tidak akan menjadi halangan untuk kerajaan negeri terus berkhidmat kepada rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid semasa berucap merasmikan Majlis Anugerah Perdana Komuniti Mampan dan Anuerah Pemimpin Masyarakat Berjasa Petaling Jaya di Dewan Banquet MBPJ malam tadi berkata, kerajaan negeri akan memastikan kebajikan rakyat terpelihara.

"Saya rasa sudah tentulah tuan-tuan adakalanya sibuk mendengar berita-berita tentang ketidaksamaan antara kerajaan negeri, kerajaan pusat, ada juga Istana, ada juga pegawai kerajaan tetapi ini tidak akan menyekat kita untuk membetulkan, mencantikkan, mengindahkan bandaraya yang kita duduki ini," jelas beliau kepada kira-kira 500 hadirin yang terdiri daripada wakil persatuan penduduk dan rukun tetangga seluruh Petaling Jaya.

Beliau juga menyarankan agar kerajaan negeri dan para ahli majlis dapat bekerja keras menyampaikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat kerana apa yang penting adalah penyampaian perkhidmatan dan bukannnya sesi perbincangan.

"Saya harap kita akan terus bekerja keras dan saya sendiri merasakan cabaran ini sangat penting sebab rakyat tidak pentingkan berbincang, tetapi rakyat pentingkan hasil," tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, Khalid memberitahu bahawa jumlah kutipan dana hasil MBPJ merupakan antara yang tertinggi dibandingkan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara maka akaun MBPJ juga perlu diselaraskan agar tidak mempunyai apa-apa percanggahan.

"Kita juga mesti menunjukkan akaun Bandaraya Petaling Jaya ini dapat dipertahankan kerana ia akan menjadi antara akaun yang akan diteliti oleh pihak berkuasa tempatan seluruh negara, sebab bandaraya PJ antara bandaraya yang mempunyai kutipan yang tertinggi dibandingkan dengan bandaraya seluruh negara," tegas beliau.

Beliau seterusnya berkata, jumlah kutipan ini juga dipercayai lebih tinggi daripada jumlah kutipan dana hasil beberapa negeri di negara ini.

"Saya percaya bandaraya Petaling Jaya mempunyai kutipan pendapatan melebihi negeri seperti Prlis, Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka.

"Oleh sebab itulah, bandaraya PJ akan diteliti tentang penggunaan dana dan juga disamping itu bagaimana dia mempunyai usaha untuk mempertingkatkannya," kata beliau lagi.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009