SHAH ALAM 30 JAN : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan N. Gobalakrishnan meninggalkan PKR berkuat kuasa semalam sudah lama dijangkakan.
Malah menurut Anwar, keputusan Gobala itu tidak memberi kesan jangka panjang ke atas parti itu.
“Kami sudah lama menjangkakan yang ini, melihat pada trendnya, tidak, tidak ini bukan sesuatu yang mengejutkan,” kata Anwar di sini, hari ini.
Ura-ura bahawa Gobala akan meninggalkan PKR bertiup kencang sejak akhir tahun lalu.
Justeru, pengumumannya semalam, tidak mengejutkan mana-mana pihak.
Sumber: TVSNEWS
0 comments:
Post a Comment