AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, December 24, 2010

Merdeka Centre :2/3 rakyat bantah pembinaan Menara Warisan Merdeka


KUALA LUMPUR, 24 Dis – Kajiselidik yang dijalankan Merdeka Centre menunjukkan hampir dua pertiga rakyat Malaysia membantah rancangan kerajaan pusat untuk membina Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat.

Memetik laporan Malaysiakini, kajiselidik yang membabitkan 1,005 responden di Semenanjung Malaysia itu, menunjukkan 65 peratus tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, dan hanya 25 peratus yang menyokongnya.

Responden dari kalangan kaum Cina merupakan yang teramai – 75 peratus – yang membantah pembinaan menara itu.

Ini diikuti oleh responden Melayu (60 peratus) dan India (58 peratus).

Pembinaan menara 100 tingkat itu, yang akan mengatasi ketinggian Menara Berkembar Petronas, diumumkan dalam bajet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Oktober lalu.

Projek tersebut, yang dilaporkan membabitkan kos RM5 bilion, terus mendapat bantahan umum dan pembangkang. Mereka menganggapnya sebagai salah keutamaan.

Mereka sebaliknya menyarankan agar wang tersebut lebih baik digunakan untuk menambahbaik kemudahan pengangkutan awam, kebajikan atau infrastruktur.


Sumber: Selangorkini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009