AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, December 9, 2010

Konvensyen PR: Meninggalkan Retorik Perkauman


KUALA LUMPUR 9 DIS: Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada pertengahan bulan ini akan menjadi pencetus momentum perjuangan parti itu mengorak langkah menjana perubahan meninggalkan retorik perkauman kerajaan Barisan Nasional(BN).

Justeru rakyat semakin lantang menolak kemahuan politik yang diperlekeh kerajaan sedia ada setelah masa yang begitu lama diberi.

Naib Presiden PKR, Tian Chua yang ditemui media di lobi parlimen berkata, konvensyen yang akan berlangsung pada 19 Disember nanti akan memberi tumpuan kepada proses mengubah taraf hidup rakyat dalam pelbagai aspek.

Tian menyifatkan PR tidak akan melengahkan perubahan kerana rakyat telahpun menghantar mesej jelas pada pilihanraya lalu menuntut dimensi kehidupan lebih baik.

"Maksudmya ramai pemimpin-pemimpin di kalangan Barisan Nasional sedar tentang masalah ini tetapi mengapa janji demi janji selepas banyak peluang yang diberi sehingga hari ini menampakkan tiada kesungguhan dan kemahuan politik. Ini kerana kepentingan yang terikat dalam sistem kronisme dan kepimpinan Umno-BN menjadikan agak mustahil untuk melakukan perubahan," kata beliau kepada TV Selangor.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, kerajaan Umno-BN gagal dalam merancang pertumbuhan ekonomi sihat dan mampan justeru tidak mementing daya saing dan kreativiti sebilangan besar masyarakat di negara ini.

Malah beliau berkata kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan mengenepikan konsep keadilan sosial selain membuka ruang kepada golongan berpendapatan rendah untuk bersama menikmati kekayaan negara menerusi pengagihan yang saksama.

"Kita tidak teragak-agak menyatakan penyelesaian kepada masalah-masalah baikpun ekonomi, masyarakat dan politik sudah ada dan ramai di kalangan kita sudah ketahui. Memang rakyat pun sangat berharap perubahan ini boleh berlaku," kata Tian lagi.

Justeru kata beliau kerajaan gabungan PKR, PAS dan DAP akan mempertingkatkan aspek pengedaran maklumat tetap bagi menyelaraskan persepsi masyarakat terhadap isu yang dipropagandakan media Umno-BN selain memperluas jaringan hubungan antara rakyat.

Tambahnya, usaha mempamerkan kejayaan dan komitmen Pakatan Rakyat akan digerakkan secara komprehensif secara berterusan sehingga menjelang pilihanraya akan datang.

Selain itu Tian mengakui ramai di kalangan pemimpin Barisan Nasional menyedari kekusutan politik dalaman Umno justeru memperlihatkan ada pemimpin-pemimpin komponen secara berterus-terang mengesyorkan kelemahan dan masalah dominasi Umno termasuk rasuah dan ketidakseimbangan pembangunan.

"Walaupun ada campurtangan kerajaan, kita tetap berjaya melaksanakan perubahan asas dengan melaksanakan program yang menekankan kesejahteraan dan keadilan. Kita perlu perbanyakkan penerangan kepada rakyat," ujar beliau lagi.

Di sebelah pagi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelaskan kepada media bahawa Konvensyen PR akan membincangkan peningkatan aspek ekonomi, pendidikan, membanteras gejala rasuah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat kini bagi negeri-negeri di bawah jajahan pemerintahan Pakatan Rakyat.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009