AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, December 9, 2010

Kes Mata Lebam, Nazri kata Keputusannya Isnin Depan


SHAH ALAM 9 DIS: Putrajaya akan mengumumkan keputusan sama ada perlu membuka semula kertas siasatan berkaitan insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berlaku 12 tahun lalu, ekoran dakwaan wujudnya bukti terbaru, Isnin depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau akan menjawab gesaan pembangkang di Parlimen minggu depan berhubung isu itu dan keputusan yang bakal diumumkan adalah “muktamad" lapor The Malaysian Insider.

Nazri berkata, penjelasan telah diperoleh daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan terbaru bahawa beliau telah memalsukan keterangan dalam siasatan kes Anwar dipukul ketika ditahan di lokap Bukit Aman pada September 1998. Beliau sedang meneliti butiran berkaitan isu tersebut.

“Kami akan menyampaikan pendirikan peringkat menteri Isnin ini dan itu akan menjadi keputusan muktamad berhubung perkara itu,” kata beliau sambil berkata, tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat lanjut.

Nazri berkata kenyataan terbaru Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa kes mata lebam sudah ditutup adalah “tepat.”

“Hishammuddin tidak salah dalam mengatakan ia sudah ditutup. Kes itu sudah lama ditutup. APa yang yang berlaku baru-baru ini ialah wujudnya maklumat terbaru.

“Kami akan menjawab minggu depan, tunggu dan lihat,” kata Nazri. Kelmarin, Lim mendesak penjelasan pentadbiran Najib berhubung komitmen Kabinetnya bahawa akan membuka semula siasatan berkaitan dengan insiden mata lebam Anwar sambil mendakwa menteri-menterinya membuat kenyataan-kenyataan yang bercanggah.

Lim mempersoalkan sama ada Hishammuddin merampas tanggungjawab yang diberikan kepada rakan sejawatannya Nazri agar mengendalikan perkara berkenaan, dengan mengisytiharkan kes itu sudah pun ditutup.

“Adakah beliau menyebabkan jaminan Nazri Aziz di Parlimen bahawa Kabinet mahu menyiasat dakwaan baru sebagai sesuatu yang sudah tidak relevan lagi?” kata Lim.

Ahli politik veteran ini merujuk kepada satu surat yang diterima daripada Hishammuddin pada 2 Disember lalu di mana menteri itu menafikan wujudnya sebarang percanggahan dalam kes mata lebam 1998 melibatkan Anwar dan mengisytiharkan kes itu tidak perlu dibuka semula meskipun adanya dawkaan terbaru bukti-bukti telah dipalsukan oleh seorang bekas pegawai penyiasat.

Pada 24 November lalu, Nazri berkata, kerajaan akan menyiasat surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa Peguam Negara mempunyai peranan dalam insiden mata lebam Anwar yang berlaku 12 tahun lepas.

Nazri berkata, Kabinet mengarahkan beliau dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berjumpa dengan Gani bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan surat terbuka Mat Zain.

Nazri berkata beliau dan Rais perlu menemui Gani berhubung surat terbuka Mat Zain itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Isnin lepas, Mat Zain merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim pada sidang Dewan Rakyat 9 November lepas.

Beliau juga mengesahkan ada menghantar e-mel kepada Lim pada 14 April lepas.

Hishammuddin dalam respons bertulis kepada pertanyaan Lim mengenai perkara itu ketika sesi perbahasan Bajet 2011 juga memberitahu Lim, Ahli Parlimen Ipoh Timor bahawa, Polis Diraja Malaysia telah melengkapkan pemeriksaan mereka ke atas siasatan lama dan mendapati tiada sebab untuk mengesyorkan bahawa bukti palsu telah diberikan.

Dalam suratnya kepada Lim, Hishammuddin menegaskan, meskipun Mat Zain mendakwa tetapi surat terbukanya tidak mempunyai elemen-elemen yang memerlukan sebarang siasatan susulan polis.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009