AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, December 9, 2010

Kerajaan Malaysia Dicengkam Israel


KUALA LUMPUR 9 DIS: Rasa terhutang budi kerajaan Malaysia terhadap perunding rejim Zionis, Apco Worldwide mengakibatkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen gigih untuk menghukum Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada terus menjadi tembok penghalang Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang ditemubual Tv Selangor di lobi parlimen berkata agenda merapatkan hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat telah tersasar dari objektif sehingga mengakibatkan negara dicengkam Israel tanpa disedari.

"Tetapi sudah sampai kepada peringkat kerajaan begitu jauh sehingga pemimpin termasuk isteri Perdana Menteri telah terikat dengan Apco," jelas beliau.

Pemilik laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hari ini mendedahkan dokumen-dokumen Apco yang berkisarkan tindakan terdesak kerajaan Malaysia memperkukuh hubungan dengan Amerika Syarikat selain mendedahkan syarikat itu membiayai program isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi sehingga bulan September tahun ini.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata kesan langsung daripada usaha itu mengakibatkan Malaysia diheret supaya akur dengan kehendak Amerika Syarikat dan Israel sekaligus memaparkan imej buruk kepada negara-negara Islam yang membenci rejim itu.

Justeru beliau menyifatkan Malaysia telahpun tunduk kepada Apco apabila mengambil keputusan tergesa-gesa untuk menghukum Anwar tanpa memberi peluang Ketua Umum itu membela diri.

"Tindakan terhadap Datuk Seri Anwar adalah tindakan mempertahankan Apco," tegas beliau.

Selain itu Mahfuz khuatir sekiranya Malaysia begitu tunduk kepada perunding antarabangsa itu mungkin mereka akan bertindak mendedahkan rahsia negara termasuk pemimpin-pemimpin tanahair.

Beliau mengambil contoh kejadian yang berlaku dalam pendedahan laman web kontroversi 'Wikileaks' yang mengaibkan nama baik Malaysia dengan mengaitkan dua syarikat tanah air dalam skandal kewangan dunia.

Ditanya adakah tindakan kerajaan terhadap Datuk seri Anwar adalah untuk menutup mulut beliau, Mahfuz setuju.

"Ya. Ini sudah tentu usaha untuk menutup kejahatan yang dilakukan pemimpin-pemimpin Umno," ujarnya.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009