AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, December 8, 2010

Ambiga: Penambahan Undi Pos Hanya Tambah Masalah


SHAH ALAM 8 DIS: Pengerusi Gabungan untuk Pilihanraya yang Adil dan Bersih (BERSIH 2.0), Ambiga Sreenevasan terkejut mendengar cadangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk memasukkan golongan profesional ke dalam daftar pengundi pos.

Baru-baru ini, SPR telah mencadangkan untuk memasukkan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos dengan alasan membantu pekerja bidang ini yang sentiasa sibuk dan waktu kerja mereka juga tidak menentu.

"Kita amat terkejut dengan cadangan mereka (SPR). SPR sepatutnya 'membersihkan' sistem undi pos tetapi sebaliknya mereka (SPR) mahu menambah lagi senarai undi pos," kata Ambiga kepada TV Selangor.

Sebelum ini, Bersih 2.0 pada 9 November lalu telah mengadakan perjumpaan dengan wakil SPR di pejabat mereka di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum melibatkan 11 perkara utama ke arah reformasi sistem pilihanraya.

Salah satu daripada 11 perkara tersebut adalah satu reformasi dalam pengundian pos dengan memansuhkan senarai pemilih berasingan yang sedia ada bagi pengundi pos serta menjadikan sistem indu pos lebih fleksibel bagi semua pengundi.

"Sistem undi pos yang ada sekarang sudah cukup bermasalah dan pertambahan nama dalam senarai ini hanya akan menambahkan lagi masalah yang ada," jelas beliau lagi.

Beliau seterusnya menegaskan keseluruhan sistem pengudian pos perlulah diubah dan Bersih 2.0 akan mengetengahkan isu ini serta mengadakan perjumpaan dengan SPR bagi membincangkan berkenaan isu ini.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009