AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, November 3, 2010

Wang Zakat Kepada Mualaf Bukan Rasuah


GALAS 3 NOV: Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menafikan laporan akhbar Utusan Malaysia mendakwa wang yang diberikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat Isnin lalu kepada tiga Orang Asli yang diislamkan sebagai rasuah tetapi wang zakat.

Beliau menggesa supaya Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) menyiasat sebelum menyeluarkan kenyataan.

"Saya telah menghubungi setiausaha politik dia, Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli kemudian diberi wang zakat. Tidak mungkin tiga ini rasuah. Zakat pun rasuah? Di mana-mana pun zakat ini boleh diberi.

"Jadi saya harap SPR terbuka. Jangan melihat bila Tok Guru bagi duit itu sebagai rasuah. Saya tahu SPR tidak mempunyai penguatkuasa. Sepatutnya dia laporkan kepada SPRM atau polis. Tidak perlu keluar kenyataan yang boleh dilihat rakyat bahawa SPR ini memihak," kata beliau dengan nada yang tenang.

Beliau berkata demikian kepada media di Markas Induk PAS, Galas pagi tadi.

Laporan Utusan Malaysia hari ini melaporkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat memberi rasuah kepada tiga orang asli ketika lawatan beliau ke Lojing Isnin lalu.

Abdul Halim menganggap perkata tersebut tidak timbul sebagai isu, beliau percaya akhbar Utusan Malaysia sengaja bertindak mengelirukan masyarakat terhadap pemimpin PAS itu bersempena pilihan raya kecil DUN Galas esok.

Dalam pada itu, Abdul Halim yang ditemui media berkata, pemberian wang ehsan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat kepada orang miskin ketika pilihan raya semakin hampir menjadi tanda tanya.

Beliau percaya usaha tersebut akan meliputi daerah Gua Musang dalam masa terdekat sekaligus menampakkan pemberian wang tersebut sebagai sumber sogokan.

"Kalau tidak kenapa tidak diberi sebelum ini? Kenapa tidak diberi selepas ini? Persoalannya kenapa beri sekarang. Jadi kita minta Jabatan Pembangunan beri maklumat bila wang ehsan ini diberi di Gua Musang dan berapa banyak," beliau menyoal.

Kempen pilihan raya kecil DUN Galas akan mencapai tahap kemuncak hari ini apabila memperlihatkan jentera kedua-dua parti sibuk mengedarkan risalah serta gambar calon di sepanjang jalan ke pekan itu menjelang pilihan raya kecil esok.

Persaingan antara calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan Barisan Nasional, Abdul Aziz Yusof dijangka sengit merebut kerusi DUN itu setelah kematian penyandangnya Allahyarham Che Hashim Sulaima, 48 tahun yang meninggal akibat penderitaan barah usus September lalu.

Sumber: TVSNEWS

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009