TASEK GELUGOR 1 Nov - PAS Pulau Pinang meragui pertambahan undi pos luar biasa sepertimana yang terdapat dalam Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun 3 bagi 2010 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Setiausaha PAS Negeri, Mohd Fadzil Kemi berkata sebagai bukti terdapat 630 nama isteri-isteri anggota tentera dalam daftar DPT yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos di Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar bagi Parlimen Tasek Gelugor.
Sebahagian besar dari mereka ini adalah pengundi baru dan pengundi yang berdaftar. Oleh kerana itu bagi mereka yang telah berdaftar telah dipindahkan ke undi pos dengan alasan hilang kelayakan pengundi awam.
"Apa yang dilakukan oleh SPR ini adalah bercanggah dengan Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih), Pindaan 2002 dalam Seksyen 2 (b) yang mana menyebut isteri seseorang anggota tentera diberi pilihan samada mahu mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (Undi Pos), walaupun mereka layak mendaftar sebagai pengundi tidak hadir, mereka ini masih lagi layak sebagai pengundi awam.
"Selain dari itu kita juga mendapati isteri-isteri anggota tentera ini tidak dimaklumkan tentang pertukaran status daftar pemilih (dari Pengundi Awam kepada Pengundi Pos).Borang 1 juga dengan jelas menyatakan SPR perlu memaklumkan kepada pengundi tersebut. Apa yang lebih mendukacitakan isteri-isteri anggota tentera ini tidak pernah memohon untuk menjadi Pengundi Tidak Hadir (Undi Pos).
"Oleh kerana itu siapakah yang mengisi borang 1 bagi pihak mereka ini. Justeru itu kita pinta SPR supaya segera membuat kata Mohd Fadzil dalam sidang media yang diadakan di Pejabat PKR Cabang Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara petang semalam.
Sebagai bukti beliau menunjukkan senarai nama isteri-isteri anggota tentera yang sebelum ini adalah pengundi berdaftar tetapi telah didaftarkan sebagai pengundi baru dan pengundi pos.
Ada juga yang tidak mengisi borang tukar alamat oleh pengundi tetapi nama mereka ditukar tanpa pengetahuan.
Mohd Fadzil yang juga merupakan Timbalan Pengarah, Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN) Pulau Pinang turut mempertikaikan tindakan SPR yang mendaftarkan para pengundi pos ini sebagai pengundi baru sedangkan mereka sudah didaftarkan sebelum ini.
Menurut beliau lagi peraturan yang dikeluarkan oleh SPR turut menyatakan seorang yang telah mendaftar tidak dibenarkan mendaftar sebagai pengundi baru.
"Adalah tidak mustahil pertambahan yang dilakukan secara luar biasa dan tidak menurut peraturan ini melibatkan semua isteri-isteri anggota tentera seluruh negara. Kemungkinan besar ini juga merupakan salah satu agenda pihak tertentu yang mempunyai kuasa untuk menggunakan undi pos ini sebagai 'fixed deposit' atau simpanan tetap mereka menjelang pilihan raya umum yang akan datang," tegasnya lagi.
Seksyen 10 Akta Pilihan Raya 1958 ada menyebut bahawa tiada seorang pun berhak dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai seorang pemilih dalam lebih dari satu bahagian pilihan raya bagi maksud sesuatu pilihan raya.
Malah Peraturan 14A, Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan raya) 1981 juga menyatakan daftar pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan calon hendaklah merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pemngurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi.
Menjelangnya PRK Parlimen Batu Sapi yang menyaksikan seramai 1615 pengundi pos dan DUN Galas yang mempunyai 127 pengundi sudah pasti ia memberi impak terhadap keputusan yang akan diterima oleh parti-parti yang bertanding.
Kelaziman yang berlaku apabila keputusan undi pos tidak dimaklumkan awal walaupun pengundian berjalan terlebih dahulu telah menimbulkan keraguan kepada masyarakat.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) pada 8 Julai yang lalu turut mengalu-alukan cadangan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mahu menghapuskan kaedah undi pos dalam pilihan raya.
DPPWP bersetuju dengan pandangan Abd Aziz bahawa undi pos didapati menyusahkan dan mudah terdedah kepada kesilapan yang boleh mengakibatkan lebih banyak undi rosak, termasuk terlalu teknikal serta menyulitkan.
Namun begitu persoalan yang timbul apakah dalam suasana aman dalam negara ini perlunya undi pos dikekalkan kerana petugas-petugas keselamatan boleh keluar mengundi tanpa apa-apa halangan dan kesukaran.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Pengarah JPN PAS Pulau Pinang, Ustaz Khalid Man, Setiausaha JPN, Mohd Jamil Abdul Rahman dan Ketua Cabang PKR Tasek Gelugor, Mohamed Nasir Mohamad.
Sumber: Suara Keadilan

0 comments:
Post a Comment