Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian rayuan dan kuasa khas) menetapkan 10 Mac tahun depan untuk mendengar permohonan berasingan semakan kehakiman oleh Zunar dan Malaysiakini.
Permohonan itu untuk mencabar tindakan kementerian dalam negeri mengharamkan dua buku kartun politik - '1Funny Malaysia' dan 'Perak Darul Kartun '.
Bulan lalu, Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh telah memberikan kebenaran kepada Zunar, yang nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque dan Malaysiakini, untuk mencabar pengharaman tersebut.
Plantif mendakwa bahawa pengharaman tersebut adalah tidak sah dan melanggar hak kebebasan bersuara sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan.
Mereka juga mendakwa bahawa pengharaman tersebut melanggar peraturan keadilan semula jadi dan tidak dilakukan secara wajar, kerana tiada alasan diberikan berkaitan tindakan tersebut.

Permohonan itu bertujuan untuk membatalkan pengharaman ke atas kedua-dua buku itu dan bayaran kos kerugian dan kerosakan kerana tidak dapat menjual buku-buku tersebut.
Buku-buku tersebut diharamkan pada 24 Jun di mana kementerian mendakwa ia tidak sesuai dan menjejaskan ketenteraman awam, dan boleh menimbulkan kebencian dan kemarahan masyarakat terhadap pemimpin negara.
Sumber: Malaysiakini
0 comments:
Post a Comment