AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, November 8, 2010

Pemilihan MPP 2010 Telus, Kertas Undi Punyai Ciri Keselamatan Ketat

SNI14PETALING JAYA 8 Nov - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan kertas undi Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 boleh dibeli dan disalah guna sambil menyifatkan tohmahan itu berniat jahat dan fitnah semata-mata.

Malah Saifuddin yang juga Ahli Parliman Machang menegaskan kertas undi yng dimaksudkan oleh blogger Haris Ibrahim mempunyai ciri-ciri keselamatan yang cukup ketat dan tidak boleh disalah gunakan oleh mana-mana pihak.

Dalam tulisan blognya, Haris mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa calon tertentu boleh membeli kertas undi dan seterusnya pengawas pemilihan PKR boleh memanipulasi peratusan keluar mengundi dengan menggunakan kertas undi berkenaan.

Beliau yang juga seorang peguam mendakwa sebanyak 1,000 kertas undi yang tidak digunakan minggu lalu boleh dibeli dan digunakan semula dalam pusingan pengundian berikutnya.

Menjawab dakwaan tersebut Saifuddin berkata setiap cabang akan dibekalkan kertas undi pada jumlah yang terhad dengan nombor siri masing-masing yang tidak boleh digunakan di mana-mana cabang lain.

Malah kata beliau warna pada kertas undi juga berbeza setiap minggu.

"Ini adalah kertas undi untuk minggu pertama, berwarna putih manakala untuk sekarang, kertas undi untuk minggu ini berwarna biru jadi kalau Haris dapat seribu kertas undi berwarna putih, boleh tak dia gunakan untuk minggu ini?

“Parti ingin memaklumkan semua ahli ahli dan calon-calon bertanding bahawa kesemua kertas undi yang sudah digunakan minggu lalu, tidak boleh digunakan lagi minggu ini ataupun pada minggu depan,” kata Saifuddin dalam sidang media tergempar di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana petang semalam.

Beliau berkata kertas undi pemilihan mengandungi empat ciri keselamatan ketat termasuk nombor siri dan warna berbeza mengikut hari, tempat pemilihan dilangsungkan dan jawatan yang dipertandingkan.

Parti jug menganggap sebarang kertas undi tanpa cop daripada pengawas pemilihan sebagai tidak sah manakala setiap calon bertanding berhak melantik wakil masing-masing untuk memerhatikan proses pengiraan.

Kertas keputusan juga akan ditandatangan oleh pengawas

pemilihan dan wakil calon sendiri sebelum diserahkan kepada ibu pejabat.

"Dengan keempat-empat ciri keselamatan itu, sistem ini adalah sistem yang sangat telus," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Senator Dr Syed Husin Ali.

Saifuddin menegaskan dakwaan yang dibuat oleh blogger tersebut tidak serta memperkukuhkan demokrasi tulen dalam pemilihan pemimpin di peringkat cabang mahukan nasional.

"Serangan macam itu akan mematangkan parti yang paling mustahak ialah kita melaksanakan tuntutan prinsip satu anggota satu undi yang dijalankan parti dan dalam proses itu kita berdepan dengan pelbagai tohmahan.

Yang jelas, kita dapat terjemahkan prinsip demokrasi parti ke arah pengukuhan jangka panjang," kata beliau.

Sehingga semalam 78 cabang sudah selesai mengadakan pengundian manakala sembilan lagi hari ini.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009