AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, November 8, 2010

Keputusan Batu Sapi Tanda Penerimaan Rakyat Sabah Terhadap KEADILAN

ZK3SHAH ALAM 8 Nov - Kekalahan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di pilihan raya kecil Batu Sapi di Sabah bukan menjadi tanda ukur untuk menyatakan sokongan rakyat kepada parti itu telah berkurangan malah ia menandakan titik mula gelombang sokongan rakyat terhadap KEADILAN di Sabah.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata kekalahan ini tidak melemahkan semangat KEADILAN tetapi akan menjadi motivasi agar parti akan lebih bekerja keras untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Memang lumrah pilihan raya kecil, parti pembangkang tidak selalu menang, jadi ini bukan masalah besar," kata beliau.

Beliau menjelaskan kekalahan di Batu Sapi dengan majoriti besar sudah dijangkakan memandangkan Barisan Nasional telah mengerahkan seluruh kekuatan jentera pilihan raya parti serta menggunakan segala kemudahan untuk menundukkan Pakatan Rakyat.

"Jadi kemenangan BN dengan majoriti 6,000 lebih perkara biasa jika dihai daripada salah guna jentera kerajaan tetapi untuk Pakatan Rakyat mendapat hampir 3,500 undi merupakan satu perkara yang luarbiasa, apatah lagi di Batu Sapi yang mana majoriti pengundi adalah miskin.

"Kita tahulah bagaimana rakyat miskin ini diberi sogokan dan janji-janji agar memberikan mereka harapan untuk terus mengundi untuk Barisan Nasional," jelas Zuraida lagi.

Beliau seterusnya menyatakan semangat KEADILAN bukanlah dalam kemenangan atau kekalahan dalam pilihan raya tetapi dalam membawa perubahan dan kesedaran kepada masyarakat Batu Sapi agar tidak takut dengan pembangkang.

"Ini adalah langkah pertama di Batu Sapi dan kita dapat melihat para pengundi di kawasan miskin kini berani untuk mengundi untuk KEADILAN dan ini menjadi satu menghadapi PRU-13 untuk terus mengundi KEADILAN dan membawa kemenangan di Sabah," kata beliau.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009