AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, November 3, 2010

Hillary Berharap Perbicaraan Fitnah II Patuh Kepada Perundangan Sebenar

Anwar_hillarySANDAKAN 3 Nov - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton menalipon beliau ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil Batu Sapi untuk menyatakan pendirian negara tersebut terhadap konsep negara hukum yang berkait dengan perbicaraan Fitnah II yang kini dihadapi oleh beliau.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan beliau akan melalui proses perundangan dalam perbicaraan yang dilaluinya setelah Hillary bertanyakan mengenai perkara tersebut.

"Saya kata proses perundangan perlu saya lalui dan beliau menekankan kepentingan menuruti perundangan yang telus disamping langkah kerajaan Amerika mengikuti perbicaraan itu dengan teliti," kata Anwar ketika ditemui media selepas berucap pada majlis makan malam anjuran KEADILAN di sini semalam.

Sebelum itu Anwar yang giat berkempen di Batu Sapi tidak sempat bertemu dengan Hillary disebabkan jadual beliau ketat di pilihan raya kecil yang ditandingi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Ansari Abdullah.

"Penerbangan saya ke Sandakan pukul 2 tetapi pertemuan yang dijadualkan dengan Hillary Clinton pukul satu, jadi saya minta maaf tidak dapat berjumpa beliau disebabkan komitmen saya berkempen di Batu Sapi.

"Saya wakilkan Azizah dan minta isteri saya sampaikan salam kepada beliau," kata Anwar lagi.

Beliau menambah isteri kepada mantan Presiden Amerika Syarikat itu juga meminta maaf kerana hanya menyedari kehadiran Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail setelah diberitahu selepas tamat majlis dialog Kumpulan Media Prima.

"Beliau juga minta saya menyampaikan kemaafan beliau kepada Azizah kerana tidak menyedari isteri saya berada dalam majlis tersebut. Disebabkan majlis itu anjuran Media Prima saya rasa mereka tidak akan memperkenalkan beliau kepada Hillary," kata Anwar lagi.

Tambah Anwar, beliau juga menyatakan kepada Hillary komitmen terhadap usaha untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara tetapi juga dengan pihak pembangkang.

Berhubung dengan kempen di Batu Sapi, Anwar berkata beliau amat berpuas hati terhadap respons dan sambutan yang diberikan oleh rakyat di kawasan tersebut.

Bagaimanapun beliau mahu semua petugas Pakatan Rakyat sentiasa berwaspada dan siasiaga untuk menghadapi sebarang usaha sabotaj daripada pihak lawan.

"Kita sedar perkara ini sebab itu saya telah arahan kumpulan-kumpulan jentera pilhan raya Pakatan Rakyat supaya memantau keadaan mulai dari sekarang supaya tidak ada sebanarng usaha Barisan Nasional untuk menjejaskan pilihan raya ini. Kita mahu petugas kita mencatat semua yang meragui termasuk menangkap gambar penyelewengan yang dilakukan oleh BN tetapi kita yakin kalau dibuat laporan sekali pun, SPR tidak akan berbuta apa-apa," kata beliau lagi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009