KUALA LUMPUR 28 Okt - Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mempersoalkan penubuhan Majlis Ekonomi yang ditubuhkan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional yang dianggap seperti 'kabinet rahsia Rusia'.
Beliau yang ditemui di lobi Parlimen berkata apa-apa keputusan kerajaan yang membabitkan kepentingan rakyat sepatutnya dibincangkan secara bersama dengan membabit penglibatan semua pihak tidak kira daripada kerajaan, pembangkang mahu pun Pertubuhan Bukan Kerajaan.
"Majlis Ekonomi yang ditubuhkan ini tidak ubah seperti 'kabinet rahsia Rusia' di mana ia hanya melibat individu dan pemimpin tertentu sahaja.
"Mengapa ia ditubuhkan tanpa ada penglibatan NGO dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sedangkan ianya sepatutnya dibuat secara 'collective'," soal beliau.
Sebelum itu, beliau dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan nama anggota, ahli exco dan ahli ex-officio, fungsi, peruntukan dan kuasa Majlis Ekonomi Negara (NEC).
Perdana Menteri dalam jawapan yang dikeluarkan hari ini menyatakan fungsi Majlis Ekonomi adalah bertindak sebagai badan penasihat kepada kerajaan untuk menangani kesan daripada pengucupan ekonomi global ke atas ekonomi negara dan memastikan kesinambungan pertumbuhan ekonomi tempatan.
Struktur Majlis Ekonomi dipengerusikan oleh Perdana Menteri, dianggotai oleh menteri dan pengawai kanan kerajaan.
Nama anggota Majlis Ekonomi sekarang adalah seperti berikut
i) Pengerusi - Datuk Seri Najib Razak
ii) Timbalan Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin
iii) Menteri Di Jabatan Perdana Menteri - Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
iv) Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Seri Mustapa Mohamed
v) Menteri Kewangan II - Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
vi) Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Seri Idris Jala
Anggota Ex-officio adalah seperti berikut
vii) Ketua Setiausaha Negara - Tan Sri Mohd Sidek Hassan
viii) Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara - Tan Sri Amirsham Abdul Aziz
ix) Ketua Setiausaha Perbendaharaan - Tan Sri Dr Wan Abdul Abdullah
x) Gabenor Bank Negara - Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
xi) Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi - Datuk Noriyah Ahmad
xii) Ketua Urusetia Majlis Ekonomi - Datuk Dr K Govindan
Sumber: Suara Keadilan
0 comments:
Post a Comment