AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, October 27, 2010

Laman Facebook Anti-Warisan Merdeka Hampiri Aras 200 Ribu Peminat


KUALA LUMPUR, 27 Okt - Usaha penganjur kempen Laman Facebook Anti Warisan Merdeka kemungkinan besar akan mencapai sasarannya untuk mendapatkan sejuta tandatangan sokongan membantah cadangan pembinaan Menara 100 tingkat .

Setelah lebih seminggu laman web rangkaian sosial facebook "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" dibangunkan, ia mendapat sambutan yang begitu hangat hingga menyaksikan pukulrata 1,000 tandatangan baru diterima setiap satu jam.

Tinjauan TV Selangor ke laman web Facebook terbabit mendapati setakat jam 10.00 pagi tadi, lebih 181,000 pengunjung memberikan sokongan untuk "kata tidak kepada warisan merdeka".

Laman Facebook berkenaan diilhamkan oleh beberapa individu yang tidak dikenali bertujuan membantah rancangan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membina bangunan cakera langit setinggi 100 tingkat di kawasan yang menempatkan dua ikon bersejarah, Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Kempen yang dilaksanakan melalui laman Facebook berkenaan mendapat sambutan yang begitu mengejutkan dengan menyaksikan dalam tempoh singkat, Najib mengumumkan pembangunan pembinaan menara tersebut dalam pembentangan Bajet 2011 telah mencetuskan reaksi spontan di kalangan pelbagai pihak termasuk Pakatan Rakyat dan rakyat jelata pelbagai kaum

Penyelaras laman facebook berkenaan dalam tulisannya berkata," Rakyat Malaysia menyatakan 'Tidak" kepda projek mega pembinaan menara 100 tingkat yang dicadangkan Perdana Menteri Najib dalam pembentangan Bajet 2011. Malaysia memerlukan sistem pendidikan yang lebih baik, penjagaan kesihatan yang lebih baik dan pengangkutan awam yang lebih baik, persekitaran yang selamat, air bersih tetapi bukan bangunan yang lebih tinggi. Kami tidak perlukan sebuah lagi gajah putih. Adakah anda bersedia untuk bertindak?"

Dalam pada itu, dua laman facebook yang terbitkan bertujuan menyokong pembinaan menara berkenaan, mendapat sambutan yang dingin dan tidak begitu memberangsangkan berbanding laman web facebook "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower".

Kedua-dua laman web Facebook "Kami Sokong Menara Warisan" dan "I see The Benefit Of PNB's 100 Storey Tower" hanya mendapat sokongan dan keahlian berjumlah 2,105 peminat ahli pada waktu yang sama.

Petanda perbezaan antara kedua-dua laman tersebut memberikan petunjuk jelas bahawa pentadbiran Najib kemungkinan bakal menghadapi halangan untuk meraih sokongan kepada apa yang sepatutnya menjadi simbol kejayaan kepada rakyat di negara ini.

Bagaimanapun, pengendali web anti-warisan terpaksa menghadapi pelbagai rintangan termasuk menyaksikan Laman Rangkaian Sosial, Facebook bertindak menyekat akses laman berkenaan beberapa hari lalu.

Laman web Facebook tersebut telah menyekat akses kepada pelawat laman tersebut daripada menulis sebarang komen namun masih membenarkan pelawat untuk menjadi ahli kepada laman web berkenaan.

Laman tersebut pada ketika itu sudah mendaftarkan puluhan ribu peminat yang memberikan sokongan.


Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009