AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, October 27, 2010

Kerajaan bayar RM26,000 sehari untuk kediaman Najib dan Muhyiddin


KUALA LUMPUR, 27 Okt - Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM26,000 sehari atau RM9.4 juta setahun sebagai sewa dan penyenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalannya Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Perkara itu disahkan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang diterima oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Liew berkata Najib selaku Menteri Kewangan mengesahkan RM6juta untuk Seri Perdana dan RM3.4 juta untuk Seri Setia (kediaman TPM) dibayar kepada Putrajaya Holding sebagai sewa dan kos penyenggaran.

Selain itu kerajaan juga akan megumumkan RM65 juta diperuntukan untuk mengubah suai Seri Perdana selama dua tahun bermula tahun ini.

Perbelanjaan yang begitu besar untuk kediaman Najib dan Muhyiddin pasti mengundang kritikan pelbagai pihak ketika hutang kerajaan persekutuan melonjak ke paras paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar , kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009