PETALING JAYA 6 Okt - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution hari ini menegaskan kekacauan dan gangguan semasa Mesyuarat Agung Tahunan (MATC) dan Pemilihan peringkat cabang 2010 yang baru sahaja selesai dikenalpasti sebagai bukan anggota parti.
"KEADILAN sememangnya memandang serius kes-kes kekecohan dan gangguan ini, terutamanya yang bersifat kekasaran terhadap pengawas dan petugas Pemilihan, wartawan dan anggota-anggota parti yang lain.
"Selepas siasatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menerusi rakaman video yang diberikan, pihaknya mendapati kekecohan di Kuala Langat telah dicetuskan oleh seorang yang dikenali sebagai Abdul Razak Halidi, bekas anggota KEADILAN yang menyertai parti dari Umno dan kemudiannya mengisytihar keluar dari KEADILAN pada 5 Julai 2007.
"Bagi insiden di Klang pula, salah seorang yang melakukakan kekecohan dan serangan terhadap kotak-kotak undi juga telah dikenalpasti sebagai bukan anggota sementara di Sabak Bernam pula, dua individu yang bertindak kasar dan mencetuskan ketegangan juga dikenalpasti bukan anggota parti selepas semakan daftar keanggotaan parti dibuat.
Sehubungan itu, Saifuddin berkata KEADILAN telah membuat laporan polis dan berharap supaya pihak polis dapat menyegerakan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu-individu tersebut.
KEADILAN juga katanya merakamkan kekesalan, serta kemaafan kepada anggota media dari akhbar Sinar Harian dan Kosmo di samping akan memastikan perkara seperti itu tidak berulang.
Walaupun sedemikian, daripada 204 cabang-cabang KEADILAN yang layak mengadakan MATC dan pemilihan, sebanyak 145 telah memperlihatkan pertandingan di pelbagai peringkat.
"Hanya 9 daripada jumlah itu tidak dapat menyempurnakan proses pemilihan cabang sepenuhnya manakala 136 cabang lain berjaya melaksanakan MATC dan pemilihan (dengan pertandingan - kebanyakkannya sengit dan berpenjuru) dengan baik, teratur dan sempurna. Sementara, 59 cabang pula tidak ada sebarang pertandingan.
"JPP akan memaklumkan kepada 9 cabang ini tarikh baru bagi mereka mengadakan semula pemilihan peringkat cabang," ujar beliau.
Apa yang dikesalkan ujarnya, dalam pada 145 cabang yang berjaya mengadakan proses pemilihan, media milik Umno-Barisan Nasional hanya tertumpu kepada insiden-insiden kekecohan yang berlaku di 4 cabang sahaja iaitu di Kuala Langat, Kapar, Klang dan Sabak Bernam.
Sumber: Suara Keadilan

0 comments:
Post a Comment