AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, October 12, 2010

Dakwaan Kumpulan Samseng Halang Cabutan Undi Bazar Deepavali Di Klang Akan Disiasat

faekah1SHAH ALAM 12 Okt - Kerajaan Selangor mengambil berat dakwaan wujudnya individu dan kumpulan yang menimbulkan kekacauan di kalangan masyarakat kaum India berhubung pengagihan bazaar sempena sambutan Deeepavali di sekitar bandar Klang.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata beliau telah memanggil pihak Majlis Perbandaran Klang untuk berbincang menyelesaikan isu tersebut, petang ini.

"Kita telah dimaklumkan oleh beberapa individu yang datang ke pejabat Menteri Besar minggu lalu bahawa mereka tidak puas hati dan mendakwa adanya kumpulan samseng yang seolah-olah mengawal Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan menghalang pihak berkuasa tempatan itu mengadakan cabutan undi secara adil bagi mengagihkan bazar kepada peniaga yang layak.

"Kita sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salahlaku dalam mengendalikan tugasan ini dan akan memastikan kepentingan dan hak rakyat kebanyakan dilindungi," ujar beliau.

Kerajaan Negeri juga katanya memberi jaminan akan menyiasat secara terperinci dakwaan ini supaya tindakan sewajarnya dapat diambil demi memberi keadilan kepada peniaga-peniaga kecil dari keturunan India yang mahu mencari rezeki secara halal.

"Di sini saya mahu menegaskan bahawa saya tidak pernah dalam sepanjang masa yang material menuduh masyarakat India sebagai samseng atau gangster seperti yang cuba dibangkitkan dan didakwa pihak-pihak tertentu.

"Tuduhan tidak berasas ini sengaja direka pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor dan menyatukan semua kaum," tegas beliau dalam kenyataannya, hari ini.

Malahan , Kerajaan Negeri juga sejak lebih dua tahun lalu dibentuk hasil gabungan dan kerjasama jitu pelbagai kaum dan agama.

"Kita berjuang untuk menghentikan politik perkauman yang telah diwujudkan Barisan Nasional (BN) dan ternyata tindakan mereka ini telah menimbulkan kesangsian antara kaum.

"Jika rakyat Malaysia masih ingat, Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu penah menuduh penyokong Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dari keturunan India sebagai samseng kerana cuba menimbulkan kekacauan dalam MIC.

"Kita dengan tegas menolak dakwaan tersebut dan menyatakan masyarakat India dengan terang menyokong Pakatan Rakyat kerana setelah sekian lama tertipu dengan corak pentadbiran MIC," tambah Faekah lagi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009