AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, October 11, 2010

Akta Kawalan Harga Bebankan Peruncit


KUALA LUMPUR, 11 OKT - Akta Kawalan Harga akan membebankan peruncit tempatan dan juga pengilang tempatan yang terpaksa mengikut kawalan harga ditetapkan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN).

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan di Parlimen, ini akan menyebabkan para pengilang untuk mengeluarkan produk sampingan seperti krimer kerana harga susu dikawal.

"Para pengilang tempatan akan mula mengeluarkan produk 'enrichment' kepada produk yang dikenakan kawalan harga apabila kawalan harga dikenakan terhadap kedua-dua pengilang dan peruncit," kata Dr Dzulkefly.

Buat masa ini, Akta Kawalan Harga menetapkan harga siling terhadap tujuh barang kawalan sepanjang masa dan dari 18 hingga 20 barang semasa musim perayaan. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Sabri Yaakub, kementerian mengenakan kawalan terhadap harga yang dijual oleh pengilang kepada peruncit dan juga harga jualan oleh peruncit.

Beliau juga menyatakan kementerian akan membuat pantauan dari masa ke semasa dan menyaman peruncit yang tidak mematuhi kawalan harga yang dikenakan terutamanya pada musim perayaan di mana permintaan barangan tinggi.

Bagaimanapun Dr Dzulkefly mencelah, apabila harga siling sebegini dikenakan, para peruncit juga akan terpaksa mendapatkan barangan daripada sumber-sumber lain yang memberikan harga murah bagi menampung kos mereka.

Selain itu, kata beliau ada juga peruncit yang terpaksa menjual pada harga asal kerana tidak dapat menampung kos operasi hanya dengan membeli borong pada harga siling pengilang dan menjual pada harga kawalan.


Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009