AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, September 6, 2010

Umno-BN Tarik Subsidi Rakyat Tapi Belanja RM900 Juta Untuk Kakitangan Awam


SHAH ALAM 6 Sept - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mempersoal tindakan kerajaan memberi bonus hari raya sebanyak RM500 kepada seluruh kakitangan awam dan juga pesara yang melibatkan kos melebihi RM900 juta tetapi pada masa yang sama menarik balik subsidi daripada rakyat untuk menjimatkan RM750 juta.

Beliau berkata penarikan subsidi ke atas lima barangan asas baru-baru ini telah menyebabkan kenaikan harga barangan tersebut.

"Saya sokong pemberian bonus tersebut kerana ia membantu keupayaan rakyat berbelanja tetapi apa yang menjadi tanda tanya kepada saya serta perlu dijelaskan oleh kerajaan ialah apakah rasionalnya kerajaan mengumumkan penjimatan sehingga RM750 juta dengan menarik subsidi daripada seluruh rakyat tetapi mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM900 juta hanya untuk segelintir kakitangan awam dan pesara sahaja.

"Bagi saya ini satu tindakan yang tidak masuk akal, hak seluruh rakyat Malaysia yang berada di kampung, golongan berpendapatan rendah serta bukan kakitangan awam ditarik balik tetapi kepada sekelompok kecil kakitangan awam diberikan sumbangan dengan nilai yang begitu besar.

"Ini sesuatu yang pelik dan tidak logik yang berlaku dalam pentadbiran sekarang. Kalau kerajaan kata ingin berjimat sehingga terpaksa menarik balik subsidi tetapi pada masa yang sama memberi bonus hari raya yang melebihi nilai subsidi yang ditarik, jadi di manakah istilah jimat dari seorang Perdana Menteri," jelas Khalid pada sidang media dipejabat beliau baru-baru ini.

Tambah beliau, kerajaan sebelum ini memberi alasan tindakan menarik balik subsidi atas alasan sistem subsidi didapati tidak efektif kerana golongan kaya juga mendapat manfaat daripada subsidi tersebut.

Justeru itu kerajaan berpendapat sebanyak RM750 juta boleh dijimatkan setahun jika subsidi tersebut ditarik.

"Alasan kerajaan tarik subsidi adalah kerana terdapat golongan kaya yang menerima manfaat daripada subsidi tersebut dan kerajaan berpendapat ini tidak adil tetapi apa yang berlaku pemberian bonus ini juga dapat dinikmati oleh mereka yang berpangkat tinggi juga serta mempunyai pendapatan bulanan yang tinggi.

"Jadi apakah alasan kerajaan menarik balik yang selamanya dinikmati oleh rakyat semua golongan tanpa mengira tahap pendapatan bulanan tetapi sekarang membelanjakan lebih RM900 juta hanya untuk kelompok tertentu sahaja. Jadi di sini timbul ketidak adilan dalam pentadbiran kerajaan yang berbangga dengan konsep rakyat didahulukan.

"Tindakan penarikan subsidi RM750 juta menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan yang terpaksa ditanggung oleh semua peringkat masyarakat. Bonus raya RM500 kepada kakitangan awam semua peringkat termasuk pengarah yang gaji besar pun dapat juga. Anda tarik subsidi daripada orang susah untuk bagi untuk bagi bonus berjumlah RM900 juta lebih," tegas beliau lagi.

Khalid berpendapat tindakan yang diambil oleh Datuk Seri Najib Razak lebih kepada perasaan takut kepada pengumuman yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dalam pemberian bonus Aidilfitri.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009