AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, September 30, 2010

Kes Skandal PKFZ Ditangguh 8 November


SHAH ALAM 30 Sept - Perbicaraan kes membabitkan tiga individu didakwa membuat tuntutan palsu membabitkan jumlah berjuta-juta ringgit dalam projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), yang sepatutnya bermula di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, ditangguhkan ke 8 Nov depan.

Hakim Asmadi Hussin memutuskan sedemikian selepas membenarkan permohonan peguam V. Sithambaram, mewakili arkitek Bernard Tan Seng Swee, dari BTA Architect, yang merupakan perunding PKFZ untuk menangguhkan kes itu berikutan pihaknya baru menerima sebanyak 101 dokumen tambahan pada Isnin lepas.

Sithambaram berkata pihaknya juga memerlukan masa untuk merujuk dokumen berkenaan kepada pihak konsultan memandangkan ia bersifat teknikal.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Steven Abok juga memaklumkan bahawa pihaknya baru menerima dokumen berkenaan pada hari sama dan beliau memerlukan masa untuk menelitinya.

Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad yang mengetuai pendakwaan mengesahkan bahawa pihaknya menghantar dokumen tambahan berkenaan kepada pihak pembelaan pada Isnin lepas.

Beliau berkata pihaknya tidak membantah terhadap permohonan pihak pembelaan demi keadilan semua pihak dan bagi mengelakkan saksi-saksi dipanggil semula untuk memberi keterangan.

Dzulkifli memberi jaminan bahawa kes itu akan berjalan seperti yang ditetapkan.

Selain Tan, 48, dan Abok, 51, seorang lagi tertuduh dalam kes itu ialah bekas pengurus projek KDSB Law Jenn Dong, 51, diwakili oleh peguam Justin Wee yang hadir bagi pihak peguam Tan Hock Chuan.

Abok dan Tan menghadapi dua tuduhan menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membabitkan tuntutan RM5.42 juta pada 31 Julai dan 21 Sept 2007.

Tan dan Law menghadapi 24 pertuduhan menipu LPK bagi mendapatkan pengesahan pembayaran sebanyak RM116.85 juta kepada KDSB membabitkan dua projek di PKFZ, antara 30 Jun 2006 dan 30 Mei 2008.

Bernama

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009