AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, September 6, 2010

Golongan Bencikan Sikap Kesederhanaan Guna Keganasan Sebagai Strategi Politik


SHAH ALAM 6 Sept - Kumpulan yang pesimistik terhadap usaha mewujudkan hubungan harmoni antara umat Islam dan dunia Barat atas landasan prinsip kesederhanaan cuba menguasai perdebatan dengan mengapi-apikan sentimen anti-Amerikanisme dan anti-Semitisme di samping menggunakan tindakan keganasan keterlaluan sebagai strategi politik.

Berkongsi pandangan sebagai penulis undangan di dalam Wall Street Journal, antara akhbar yang paling berpengaruh di Amerika Syarikat, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka yang meragui dan bersifat sinis telah mencemuh bahawa pencarian kepada Muslim yang berwatak sederhana dalam abad ke-21 tidak ubah seperti mencari 'Holy Grail'.

"Kumpulan tersebut berhujah bahawa serangan pengganas, pengeboman berani mati dan seruan Jihad kepada umat Islam 'untuk bangkit menentang penindasan Barat' begitu meluas, kata Anwar dalam tulisan beliau bertajuk "The Ball Is In Our Court" yang disiarkan pada 1 September lalu.

Anwar merupakan antara lima intelektual terkemuka antarabangsa yang dijemput oleh Wall Street Journal untuk memberikan pandangan berhubung isu kontroversi cadangan pembinaan pusat budaya Islam dan masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia di Manhattan, New York.

Artikel beliau adalah yang pertama disiarkan akhbar itu daripada beberapa siri artikel lain oleh penulis termasuk Bernard Lewis, Ed Husain, Reuel Marc Gerecht, Tawfik Hamid and Akbar Ahmed.

"Bagi membuktikan kejayaan, mereka menggunakan peristiwa 9/11 sebagai pengajaran kepada pihak yang dikatakan musuh Islam, lantas perbuatan pengecut itu bukan sahaja telah mengakibatkan kesan yang besar kepada mereka yang menjadi mangsa malah memberikan tamparan hebat kepada umat Islam lain.

"Mereka ini adalah umat Islam yang menjalani kehidupan seperti orang lain - mencari rezeki, membina keluarga, menyambut majlis bersama dan juga mendoakan untuk keselamatan serta keamanan. Mereka adalah orang Islam yang tidak pernah terlintas untuk membawa pisau lipat bersama mereka apatah lagi bahan letupan untuk memusnahkan bangunan. Mereka ini jelas bersama kita dalam masyarakat, kalaulah hanya kita mampu menyingkat selubung yang menutupi mereka oleh golongan dalam bayangan yang berjket penuh dengan bom dan bernekad kepada kebinasaan.

"Mereka ini adalah majoriti orang Islam yang tidak berbeza dengan Kristian sederhana, Yahudi mahupun penganut agama lain di mana identiti mereka telah tenggelamkan oleh kejadian yang di luar kawalan.

"Kesimpulannya umat Islam digambarkan secara keseluruhan sebagai tidak bertoleransi, anti-demokratik, mundur dan tidak boleh wujud bersama-sama masyarakat lain dalam dunia moden. Ada yang mengatakan hanya wujud satu penyelesaian iaitu buang kepercayaan dan tradisi anda dan menerima pluralisme serta kemodenan," tulis Anwar dalam artikel tersebut.

Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu seterusnya menyimpulkan bahawa terdapat kelemahan dan kesilapan dengan penyelesaian sedemikian kerana majoriti besar umat Islam melihat diri mereka sebagai sebahagian daripada tamadun yang mewarisi tradisi sains, falsafah dan kepercayaan yang menempatkan kepentingan terhadap kesucian kehidupan manusia.

Tambah Anwar lagi, ratusan juta umat Islam menolak semua bentuk fanatisme dan berpegang teguh kepada prinsip demokrasi.

Justeru, Anwar menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya berusaha dengan lebih gigih daripada hanya bercakap mengenai warisan budaya dan intelektual mereka di samping mendahului mereka yang menolak keganasan dan kekejaman.

"Pihak sebenar yang menjadi penghalang kemajuan dan keamanan dalam dunia Islam adalah mereka yang bertindak sebagai penindas dan rejim yang opresif, lalu mereka inilah yang perlu mendengar gegaran kutukan sebulat suara kita. Tindakan seterusnya aadalah keputusan kita," kata beliau lahi.


Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009