AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, August 9, 2010

Felda Disaman RM15 Juta


Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman RM15 juta terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda atas dakwaan menipu dan pecah amanah dalam urusan jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan, di Mahkamah Tinggi Seremban.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Menurut Sivarasa, ia didakwa berlaku dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit sejak 2008 di mana Felda didakwa menggunapakai kadar 16 sehingga 19 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.

Sehubungan itu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am dan teladan, bersama faedah untuk penipuan dan pecah amanah yang berlaku.

Kira-kira 300 peneroka Felda mula berkumpul dan memenuhi mahkamah tinggi tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka.

Kedengaran mereka bersorak kuat berulang kali tanda sokongan ketika Sivarasa membacakan kenyataaan medianya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009