BAGAN SERAI 1 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemerosotan sebanyak 81 peratus pelaburan terus asing (FDI) adalah satu malapetaka kepada Malaysia dan hanya dengan menumbangkan Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 kelak barulah ekonomi negara serta keyakinan pelabur dapat dipulih sepenuhnya.
Anwar seterusnya memberi amaran sekiranya fenomena ini tidak ditangani segera negara akan mengalami kejatuhan ekonomi yang lebih teruk dalam masa akan datang.
"Malapetaka telah menimpa negara ini kerana pelaburan asing telah merosot sebanyak 81 peratus dan ini tidak pernah berlaku, tanpa tindakan segera oleh kerajaan Malaysia akan menyebabkan negara ini boleh mengalami kemerosotan ekonomi yang lebih teruk.
"Saya ingin katakan analisis serta maklumat daripada pihak berkuasa menyatakan Umno-BN akan tumbang pada PRU-13 nanti dan melalui pemerintahan Pakatan Rakyat saya akan pastikan pemulihan segera berlaku dinegara ini serta keyakinan pelabur luar masuk ke negara ini untuk melabur.
"Kita sayangkan Malaysia maka kita perlu meningkatkan perjuangan yang di bawa, mulai sekarang kerja yang kuat perlu dilakukan. Dikala Umno berada pada satu tahap yang sangat lemah, sehingga mereka ingin menjalinkan hubungan dengan PAS maka kita perlu mengambil peluang ini untuk menumpaskan mereka, tidak perlu ada sikap simpati kerana Umno yang angkuh itu tidak ada perasaaan belas simpati pun kepada rakyat.
"Rakyat perlu bangkit untuk menyokong Pakatan Rakyat, kita jangan lagi menjadi perkasas kepada Umno-BN dan jangan mengundi parti yang menjadi pengkhianat negara. Kerjasama serta jalinan terbaik antara KEADILAN, PAS dan DAP ini perlu diperkuatkan sebaik-baiknya, kita jangan sia-siakan hasrat rakyat yang mahu negara ini selamat daripada genggaman kuku besi Umno-BN.
"Oleh itu kita perlu bersatu untuk hapuskan Umno-BN pada PRU-13 nanti," kata Anwar pada majlis jamuan makan malam di Bagan Serai anjuran Cabang Bagan Serai bersama rakyat Jumaat lalu.
Mengulas tentang skandal PKFZ yang melibatkan dakwaan menipu terhadap bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, Anwar berkata Umno-BN yang tidak begitu cerdik telah ditipu oleh Liong Sik sebanyak dua kali dan apabila DAP menjelaskan bukti penglibatan bekas Presiden MCA itu, Umno menuduh parti itu membuat fitnah.
"Sekarang jelas kes PKFZ siapa yang kena tipu dan siapa fitnah, kita lihat bagaimana berakhirnya kes tersebut, biasanya kes yang berprofil tinggi akan hilang begitu sahaja. Saya harap mahkamah yang adil dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan, pengadilan dilakukan tanpa mengira siapa mereka," tegas Anwar lagi.
Sumber: Suara Keadilan
0 comments:
Post a Comment