AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, August 4, 2010

Anwar Dakwa Jho Low Dapat Projek Lapangan Terbang Sungai Besi


SHAH ALAM 4 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa jutawan Low Taek Jho yang lebih dikenali dengan panggilan Jho Low telah diberikan kontrak pembangunan semula pangkalan udara Sungai Besi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilihat tergesa-gesa menswastakan aset negara untuk mendapatkan keuntungan segera.

Menurut Anwar Lapangan Terbang Sungai Besi dianggap sebagai khazanah nasional kerana ia merupakan lapangan terbang pertama negara.

"Ini Jho Low boleh pergi 'enjoy' dengan Paris Hilton. Arak pun jutaan ringgit. Najib dan Rosmah bagi projek. Tender? Tiada. Cadangan projek? Tiada. Bolehkah rakyat terima ini,” soal Anwar ketika berucap pada ceramah Merakyatkan Ekonomi Selangor di Dewan Serbaguna Taman Ehsan, Kepong Ahad lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Jun lalu memaklumkan kepada Dewan Rakyat, lapangan terbang itu yang sekarang digunakan sebagai pangkalan oleh Tentera Udara DiRaja Malaysia akan dipindahkan dan tapak berkenaan diswastakan dan dijual kepada Pembangunan 1Malaysia Bhd (1MDB).

Ini dilakukan tanpa tender terbuka kerana dakwa Ahmad Zahid masih melalui 'proses yang telus' kerana perjanjian itu tidak menjejaskan kepentingan kerajaan.

KEADILAN mendakwa perjanjian bernilai RM500 juta itu dikaitkan dengan Jho Low kerana pembabitannya dengan Lembaga Pelaburan Terengganu yang kemudiannya diperbadankan menjadi 1MDB.

Bagaimanapun pada wawancaranya dengan akhbar The Star minggu lalu, Jho Low menafikan dakwaan berkenaan.

Anwar dalam ceramahnya juga mendakwa, usaha mengheret bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik ke mahkamah atas percubaan menipu Jemaah Menteri pada 2002 hanya usaha Umno-BN untuk mengaburi mata rakyat.

Beliau yang juga Ketua Umum KEADILAN berkata dengan wang ikat jamin RM1 juta yang dikenakan ke atas Liong Sik, pihak berkuasa cuba menunjukkan seolah-olah mereka serius dalam usaha membanteras rasuah.

"Semasa di Pulau Pinang, rakyat kata 'Aiyo...' RM1 juta begitu tinggi, tapi saya kata jumlah itu terlalu kecil bagi Ling, RM1 juta bagi dia sama dengan RM10,” kata Anwar.

SumberL Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009