AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, July 22, 2010

Tiada Masalah Di INPENS


KUALA SELANGOR - Isu Institusi Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) yang diambil alih sepenuhnya oleh Kolej Antarabangsa Institut Pendidikan Negeri Selangor (Inpens), masih menjadi cerita panas bagi sesetengah pihak. Tetapi terdapat ibu bapa dan penjaga tetap mahu anak mereka meneruskan pelajaran demi masa depan.

Salah seorang ibu kepada pelajar yang ingin dikenali sebagai Tipah, berkata dia yang menghantar anaknya ke IKYS minggu lalu pada awalnya keliru mengenai situasi itu.

Menurutnya, sudah tiga kali dia ke tempat tersebut atas arahan bagi mendengar sendiri penerangan mengenai pengambilalihan oleh Inpens.

"Apabila ke sana, keadaan masih lagi sama di mana terdapat beberapa ibu bapa yang masih lagi tidak berpuas hati mengenai pengambilalihan institusi tersebut."

"Makcik dan suami akhirnya, mengambil keputusan untuk terus datang ke Inpens menghantar anak ke sini bagi meneruskan pelajarannya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Inpens."

"Apabila datang ke Inpens, saya melihat keadaannnya begitu luas dan begitu berpuas hati dengan kemudahannya tidak seperti dikatakan beberapa pihak mengenai keburukan kolej ini."

"Sebenarnya tiada sebarang masalah pun dan sebagai ibu bapa pelajar disini, begitu setuju dengan pengambil alih oleh pihak kolej ini," katanya.

Seorang lagi ibu pelajar dikenali Kiah, 41, berkata, pada awalnya dia juga terpengaruh dengan beberapa ibu bapa yang enggan berpindah ke Inpens ini.

Menurutnya, setelah mendengar nasihat dan sokongan keluarga, saya tetap meneruskan niat menghantar anak ke Inpens.

"Bagi saya, apa yang penting, anak dapat pelajaran demi masa depannya," katanya.

Dia berkata, keadaan di kolej ini, begitu baik sekali dan dari segi kemudahan serta peralatan kemudahan belajar begitu lengkap.

"Ada juga, beberapa ibu bapa yang enggan, memindahkan anak mereka belajar di kolej ini atas alasan sijil di Inpens ini tidak diiktiraf."

"Tetapi, setelah saya dan keluarga diberikan penerangan dengan lebih lanjut oleh pihak Inpens sendiri, sijil tersebut sebenarnya diiktiraf dan dakwaan mereka itu adalah tidak benar," katanya.

Seorang lagi bapa pelajar, R. Vasantey, 43, berkata, walaupun pertama kali menghantar anaknya ke kolej Inpens, segala pengurusan dan perlaksanaan yang dijalankan oleh pihak tersebut lancar.

Menurutnya, kolej tersebut begitu sesuai bagi keluarga yang kurang berkemampuan dan anak yang berminat untuk belajar di bidang kemahiran.

"Walaupun terdapat beberapa isu daripada sesetengah pihak, tetapi itu bukan menjadi penghalang anaknya untuk terus belajar ke kolej ini."

"Apa yang lebih penting, adalah pendidikan anak dan pelajaran yang diminatinya," katanya.

Abdul Mustakim Mohamad Sobri, 19, berkata, tiada masalah yang dihadapi apabila pengambilalihan IKYS oleh pihak Inpens kerana yang penting pelajarannya tidak terjejas.

"Kalau menentang pun, sampai bila ianya akan selesai dan lebih baik ikut sahaja arahan tersebut."

"Sijil di Inpens ini adalah diiktiraf dan bukan seperti yang di dakwa oleh sesetengah pihak," katanya.

Badrul Hisham Tumiran, 19, berkata, di Inpens ini lebih ramai kawan dan kemudahannya asramanya lebih luas berbanding di IKYS.

"Bagi saya, semangat belajar paling penting dan masalah pengambil alih ini bukanlah sesuatu isu yang besar.

"Saya akan lebih berdikari sendiri di sini bersama kawa," katanya.

Khairul Azri Mohd Jamil, 18, berkata, Inpens ini, lebih dekat dengan pekan dan memudahkan pelajar mendapat kemudahan.

"Saya menasihatkan, mereka yang masih enggan ke Inpens ini, berfikir dengan baik untuk masa depan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden Inpens, Major Dr A Aziz Ibrahim berkata, terdapat 11 kursus kemahiran, Diploma Kemahiran Malaysia dan terdapat juga kursus smbilan.

Menurutnya, kursus tersebut semuanya diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Sumber Manusia.

"Isu mengenai kursus tersebut tidak diiktiraf tidak benar kerana Inpens ini sudah diiktiraf."

"Tenaga pengajarnya mempunyai pengalaman dan turut mempunyai pengiktirafan," katanya.


Sumber: Sinar Harian, S19, 22 Julai 2010.

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009