AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, July 30, 2010

Taib Mahmud Di Hina Oleh Penunjuk Perasaan Universiti


SHAH ALAM 30 Julai - Sebelum ini jika marhaen di Universiti Oxford tidak mengenali siapa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, maka sudah pastinya kini mereka tahu mengenai semua latarbelakang sebenar dirinya.

Menurut laporan sarawakreport.org lawatannya ke Oxford 26 Julai lalu untuk menghadiri Forum Penjenamaan dan Pemasaran Islam yang ditaja oleh kerajaan negeri sepatutnya memberikan beliau kredibiliti dalam satu langkah promosi perhubungan awam bertujuan untuk meningkatkan imejnya.

Namun kehadiran beliau di majlis berkenaan menjadi satu igauan ngeri apabila kempen untuk menggilapkan lagi reputasinya disusuli dengan pelbagai plakad dan kain rentang yang ditunjukkan oleh kumpulan yang berdemonstrasi di luar bangunan kampus terbabit.

Walaupun lawatan beliau dibuat ketika kebanyakan penuntut bercuti namun sekumpulan penunjuk perasaan telah berkumpul untuk melahirkan kemarahan mereka kerana universiti terbabit menerima kedatangan beliau dan juga ditaja oleh industri pembalakan di Sarawak.

Media tempatan turut berada di tempat terbabit diikuti media dari Malaysia yang jelas telah di bawa bersama untuk membuat liputan dan menyiarkan laporan bagi menaikkan lagi profil Ketua Menteri terbabit.

Menurut sarawakreport.org lagi sekumpulan rakyat Malaysia kemudiannya menyertai media UK menemuramah penunjuk perasaan dan mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai masalah di Sarawak.

Keadaan itu telah menyebabkan penganjur berasa panik dan memanggil polis dan pegawai cawangan khas untuk mengambil gambar penunjuk perasaan yang telah dilarang oleh pengawal-pengawal peribadi memasuki bangunan di mana majlis tersebut diadakan.

Fakulti yang menganjurkan forum tersebut telah mengupah sekumpulan pengawal peribadi untuk menghalang penunjuk perasaan tempatan dan juga dari Malaysia yang datang untuk menjelaskan kepada Oxford siapa sebenarnya tetamu yang mereka undangi.

Ramai yang mengingatkan kepada penganjur bahawa yang melakukan jenayah adalah mereka yang berada di dalam bangunan tersebut manakala mereka yang berkumpul di luar adalah kumpulan yang membuat bantahan ke atas isu munasabah.

Plakad yang dibawa secara langsung menunjukkan asas bantahan mereka "Taib Mahmud...isytiharkan kekayaan kamu" , "Berapa banyak Lagi kawasan hutan yang tinggal", "Hentikan pencabulan seksual dan pemerkosaan wanita dan kanak-kanak Penan" , "Selamat Sarawak", "EU mengharamkan pembalakan haram..kenapa anda enggan tandatangani VPA?" dan banyak lagi.

Mereka yang lalu lalang di situ juga diberikan risalah manakala badan masyarakat awam juga mengendalikan tandatangan deklarasi di seluruh Britain untuk diserahkan kepada Universiti Oxford, salah sebuah organisasi tersebut menyatakan:

Hampir 30 tahun, Abdul Taib mengepalai sebuah rejim yang lebih buruk daripada zaman penjajahan kolonial yang diwarisinya, menindas hak pribumi dan rakyat Sarawak, menganggap semua daerah di Sarawak sebagai tanah dimiliki ala feudal.

Beliau mengetuai pencabulan undang-undang di Sarawak sendiri dan mengaut keuntungan melaluinya.

Fakuliti Pengajian Perniagaan Oxford telah menunjukkan teladan yang paling buruk kepada alumni mereka dengan menerima wang beliau.

Penuntut fakulti sepatutnya mendesak dekan mereka, yang jelas sekali merasakan diri beliau sendiri seorang yang pakar dalam pengurusan korporat.

Bantahan yang dilakukan sudah pasti menafikan ketibaan gemilang Abdul Taib.

Beliau telah dirancangkan supaya tiba dengan penuh gaya, disambut oleh Naib Canselor untuk memberikan ucapan pembukaan bagi sidang dua hari terbabit namun kedatangan beliau berakhir dengan dirinya terpaksa diseludup masuk melalui pintu belakang bangunan berkenaan.

Media siber Malaysiakini telah melaporkan dengan terperinci operasi keselamatan yang memalukan membabitkan Taib dibawa dengan van tanpa tingkap berwarna biru dan kemudiannya di bawa masuk melalui pintu dapur.

Bagaimanapun ketibaannya telah disedari oleh penunjuk perasaan dan sekumpulan penunjuk perasaan telah mengepung sambil menunjukkan plakad bantahan terhadap kereta yang dikatakan membawanya dan kemudiannya dikenal pasti sebagai kereta umpan.

Menurut beberapa penunjuk perasaan, berbeza seperti keadaan di Sarawak, anggota polis yang melihat keadaan terbabit bukanlah menjadi tanggungjawab mereka secara sah untuk masuk campur hak menyuarakan kebebasan bersuara mengikut lunas undang-undang yang sah dan mereka tidak mengganggu bantahan yang dilakukan penunjuk perasaan.

"Kita memerlukan pengawasan yang tidak berat sebelah kerana pengawal peribadi yang digajikan oleh pihak universiti bertindak di luar batasan. saya telah dihalang secara kasar selepas mengambil beberapa gambar Ketua Menteri dan ia tindakan bodoh kerana rakan-rakan mereka juga merakamkan gambar saya dikasari beliau.

"Saya berasa gundah dengan tindakan fakulti terbabit yang mengamalkan tradisi kebebasan bersuara Oxford menerima wang dari Taib dan menyambutnya dengan penuh penghormatan menghalang peluang kami untuk menyuarakan kebenaran apa yang sedang berlaku di Sarawak.

"Adakah fakulti ini akan menerima beberapa speaker dari Malaysia yang menindas pembangkang? atau adakah kita akan menjangkakan Taib akan diberi anugerah Ijazah kehormat?" kata salah seorang penunjuk perasaan yang ditemuramah.

Sementara itu, ketika sidang berkenaan sedang dilangsungkan, rekabentuk moden bangunan terbabit sendiri secara tidak langsung juga telah memalukan ahli delegasi.

Dinding kaca di bahagian depan bangunan berkenaan menjadi seperti kesan dari akuarium ikan kerana penunjuk perasaan yang berada di luar dapat melihat apa yang berlaku di dalam di samping menayangkan kad plakad bantahan sambil mengambil gambar sekaligus menyulitkan penganjur untuk memastikan program tersebut berjalan seperti biasa.

Di suatu sudut dalam bangunan tersebut yang dihiasi dengan patung mainan orang utan, kumpulun muzik tradisional bangsa dayak mempamerkan 'imej pelancong' Sarawak yang digemari oleh Abdul Taib.

Kumpulan tersebut juga mengesahkan bahawa mereka di bawa masuk ke UK bersama rombongan besar yang di bawa Abdul Taib.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009