AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, July 7, 2010

PERSB Yakin Kerajaan Negeri Taib Tumbang Pada Pilihan Raya Negeri


SHAH ALAM 7 Julai - Parti Ekonomi Rakyat Bersatu (PERSB), sebuah parti politik baru di Sarawak berikrar menumbangkan kerajaan zalim PBB-Barisan Nasional Sarawak di bawah pimpinan Ketua Menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Parti pembangkang itu turut mengumumkan akan meletakkan calon di 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak pada pilihan raya negeri itu dan 31 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, satu sidang media mengenai perancangan parti itu akan diadakan pada 10 Julai di sebuah hotel di Kuching.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, Setiausaha PERSB, Mohammad Noh Bakri berkata, penubuhan parti itu yang disertai golongan berpendidikan tinggi dan kalangan tokoh profesional, bertitik tolak daripada kezaliman kerajaan pimpinan Abdul Taib yang melakukan pelbagai bentuk penindasan dan kezaliman kepada masyarakat pribumi di negeri itu.

"Rakyat Sarawak sudah lama menderita, tanah mereka dirampas, rumah mereka diroboh, tanah nenek moyang mereka ditindas. Apa yang kamu lihat (dari laporan media) hanya lah luaran. Di kawasan Hulu pedalaman, mereka-mereka ini masih tak mendapat kemudahan infrastruktur dan tanah mereka dirampas oleh kerajaan.

"Anak-anak Orang Hulu merasa diri mereka teraniaya. Apabila mereka telah berjaya dan mendapat pendidikan, mereka tubuh satu parti politik dan mereka mahukan hak untuk mentadbir negeri ini," ujarnya.

Tambah beliau, apa yang akan disaksikan pada sidang media parti itu Sabtu ini sebagai kejutan dan 'sesuatu yang bakal menggerunkan' kerajaan pimpinan Abdul Taib.

"Parti ini adalah kebangkitan anak kelahiran Sarawak. Apabila penubuhan parti ini berjaya dihidu kerajaan Sarawak, mereka merasa cukup gerun dengan PERSB," tambah beliau.

Menurut Mohammad Noh, PERSB akan bertanding atas tiket calon bebas pada pilihan raya negeri akan datang selepas permohonan mereka ditolak pendaftar pertubuhan (ROS) sebanyak dua kali pada Januari dan April lalu.

Tegasnya, beliau yakin kerajaan BN pimpinan Abdul Taib akan tumbang pada pilihan raya akan datang dan untuk itu parti itu sedia menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat sekiranya ditawar berbuat demikian.

"Kita bersifat terbuka. Kita tidak akan tolak sekiranya mereka (Pakatan Rakyat) datang kepada kita. Apa yang pasti kita memang tidak akan bekerjasama dengan musuh (PBB-BN)," jelasnya lagi.

Menurutnya, separuh dari pemimpin dan calon pilihan raya merupakan muka-muka baru dalam politik dan merupakan anak jati kelahiran Sarawak yang berasal dari pendalaman manakala selebihnya adalah dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).

Tegas Mohammad Noh, rakyat Malaysia terutama di Semenanjung tidak mendapat gambaran sebenar pelbagai bentuk kezaliman telah dilakukan kerajaan pimpinan Taib Mahmud terhadap masyarakat pribumi di Sarawak.

"Tidak dapat digambarkan kezaliman (pimpinan Abdul Taib). Kita rakyat Sarawak, kita tahu bagaimana menderitanya rakyat Sarawak selama ini. Sebab itu kita tubuh parti ini kerana kita nak betul-betul rakyat Sarawak kami yakin kita akan tadbir negeri ini dengan lebih baik," katanya yang menyifatkan bawah pentadbiran Abdul Taib lebih kejam dari pemerintahan apartheid di Afrika Selatan pada satu ketika dahulu.

Katanya, parti itu telah bertapak selama tiga tahun di kawasan-kawasan pedalaman Sarawak dengan membantu membiayai kegiatan ekonomi penduduk kawasan pedalaman.

Projek tanaman Jarak, sebuah projek tanaman untuk biodiesel di kawasan hulu pedalaman negeri itu telah banyak membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk di kawasan Hulu Sarawak.

"Setiap kali pilihan raya rakyat Sarawak telah digula-gulakan untuk mengundi BN dengan bayaran RM10 seorang. Tetapi kini mereka sudah mendapat pendapatan lebih RM1,000 sebulan dengan usaha kami," jelas beliau.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009