AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, July 10, 2010

Nik Aziz Gesa Rakyat Boikot Media Pro Umno-BN


SHAH ALAM 10 Julai - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa semua penyokong Pakatan Rakyat memulau akhbar arus perdana yang menyokong Umno-Barisan Nasional secara besar-besaran kerana tindakan Kementerian Dalam Negeri yang bersifat berat sebelah menggantung permit penerbitan Suara Keadilan dan Harakah.

"Harapan saya agar Harakah dan Suara Keadilan disambung permit pengeluarannya, jika kedua-duanya selaku lidah rasmi parti-parti di dalam Pakatan rakyat tidak disambung permit.

"Saya mencadangkan agar arahan rasmi dikeluarkan kepada semua pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat agar memulakan boikot dan pemulauan secara besar-besaran terhadap semua media massa pro Barisan Nasional," kata Nik Aziz melalui laman web sosialnya 'facebook' semalam.

Sebelum itu KDN telah mengambil tindakan mengantung permit penerbitan lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan berhubungan dengan aktikel 'Felda Bankrap' selain ketidak puashatian terhadap jawapan surat tunjuk sebab yang telah diberikan oleh Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib.

Pembongkaran yang dilakukan terhadap penyelewengan di dalam Felda itu sebenarnya sebagai tanda keprihatinan Pakatan Rakyat terhadap agensi tersebut yang banyak membantu golongan peneroka sejak awal penubuhannya.

Pembongkaran yang diharapkan agar Felda mengambil tindakan segera memperbetulkan pentadbirannya agar tidak terus dipergunakan oleh pemimpin Umno demi politik mereka.

Disebabkan Felda yang merupakan tali hayat Umno dalam politik mereka maka arahan telah diberikan kepada KDN agar permit terbitan Suara Keadilan tidak dilanjutkan, selain melakukan pemantauan terbitan terhadap akhbar terbabit.

Selain tindakan kepada Suara Keadilan, akhbar rasmi PAS, Harakah juga diberi surat tunjuk sebab dengan alasan akhbar terbabit gagal menghantar lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009