AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, July 5, 2010

Minta SPRM Jangan Pilih Bulu


SRI MUDA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dimita tidak bersikap berat sebelah dalam menyiasat sesuatu aduan atau kes membabitkan mana-mana pemimpin politik.

Ketua Ranting Parti Keadilan Rakyat (PKR), Taman Sri Muda, K Sekar kelmarin menyatakan kesalnya dengan mendakwa suruhanjaya itu hanya mengambil tindakan segera terhadap aduan yang dibuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi mengambil pendekatan perlahan jika aduan tersebut dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR)>

Katanya, ia terbukti apabila SPRM mengambil tindakan pantas menyoal siasat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafie dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari walaupun dakwan mereka terlibat dalam rasuah hanya tersebar melalui khabar angina.

“Kita menyelar sikap SPRM yang dilihat memilih bulu menjalankan siasatan. Apabila pihak PR mendesak SPRM menyiasat pemimpin UMNO dan BN, alasn yang diberikan ialah aduan masih dalam siasatan,” katanya dalam nada kesal.

Beliau berkata demikian pada siding media di Pusat khidmat Rakyat, Taman Sri Muda, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Ranting Taman Sri Muda Utara, P Sabastine, Ketua Ranting PKR Taman Sri Muda Selatan, N Mega dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Raja, Azmizam Zaman Huri.

“Kita yakin dan percaya Shuhaimi dan Amirudin tidak terlibat amalan rasuah kerana mereka komited terhadap tugas yang diamanahkan selepas memenangi pilihanraya umum PRU ke-12 lalu.

“Tindakan SPRM menjatuhkan reputasi adun berkenaaan,” katanya.


Sumber: Sinar Harian, S5, Ahad, 4 Julai 2010

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009