AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, July 10, 2010

KDN Lengahkan Proses Memperbaharui Permit Roket ?


Selain Suara Keadilan dan Harakah, permit penerbitan bagi sebuah lagi akhbar Pakatan Rakyat -- Roket juga setakat ini masih belum diperbaharui.

Difahamkan, tempoh permit bagi akhbar bulanan DAP yang diterbitkan dalam versi bahasa Melayu, Cina dan Inggeris itu telah pun luput.

Permit edisi bahasa Inggeris Roket tamat pada Jun lalu, manakala edisi bahasa Melayu dan bahasa Cina pula masing-masing tamat pada September dan November tahun lalu.

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua ketika dihubungi berkata permohonan untuk memperbaharui permit berkenaan telahpun dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Namun, KDN biasanya lambat memberikan jawapan sehingga memaksa mereka mencetak nombor permit lama pada keluaran baru Roket.

Beliau memberi contoh, permit bagi edisi bahasa Inggeris yang tamat pada 30 Jun lalu, sebelum ini dipohon pada 4 September 2008.

Jawapan bagi permohonan tersebut hanya diterima pada 8 September 2009.

Bagi edisi bahasa Melayu, permit tahunan yang tamat tempoh pada 15 September 2010 itu pula diterima pada 11 Jun lalu, sedangkan permohonan pembaharuan dibuat pada 4 September 2008.

"Jadi kami biasanya akan mendapat permit, cuma ia sampai kepada kami sangat lewat," katanya.

Apabila jawapan itu diterima, tempoh permit itu sudahpun hampir tamat dan mereka perlu memohon untuk memperbaharuinya semula.

"Setiap tahun pun macam itu, ia akan mengambil masa sedikit sebelum jawapan diterima.

"Tetapi setakat ini kita tidak menghadapi masalah untuk memperbaharuinya. Kadang- kadang mereka hantar surat sahaja," katanya lagi.

Salah satu surat yang diterima itu kira-kira setahun lalu ketika DAP menerbitkan edisi bahasa Tamil bagi Roket.

"Kami terlupa untuk menghantar enam naskhah kepada mereka kerana akhbar itu diterbitkan jarang-jarang sekali, setiap tiga atau empat bulan sekali.

Sebelum itu pula, Roket menerima satu lagi surat daripada KDN kerana mencetak nombor permit lama pada edisi yang baru, walaupun mereka telah menerima permit baru.

Pua menjelaskan, tindakan mereka mencetak nombor permit lama adalah disebabkan kelewatan KDN memberi jawapan kepada permohonan mereka.

Beliau turut ditanya sama ada Roket turut menerima tekanan daripada KDN, seperti yang dialami rakannya Harakah dan Suara Keadilan.

"Tidak, kita tidak jangka apa-apa masalah. Setiap tahun kita akan buat pembaharuan, cuma biasanya lambat sikit (dapat jawapan)," katanya.

Sementara itu, ketua pengarang akhbar berkenaan Wan Hamidi Hamid pula berkata, Roket sememangnya berhak diterbitkan oleh DAP, semenjak parti itu ditubuhkan pada tahun 1967.

"Permit penerbitan tersebut hanyalah keperluan birokrasi bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984," katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai usaha oleh pengurusan akhbar tersebut untuk memperbaharui permit tahunan bagi Roket, Wan Hamidi berkata perkara itu tidak perlulah diperbesar-besarkan.

"Tidak perlulah fokus tentang perkara itu sebab kita bimbang Roket pula akan dijadikan sasaran KDN.

"Roket sememangnya kita ada permit, ia sentiasa diperbaharui setiap tahun," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, Roket juga setakat ini belum menerima apa-apa surat daripada KDN berhubung penerbitan terbarunya.

"Jadi kita akan teruskan penerbitan seterusnya seperti biasa," katanya lagi.- malaysiakini

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009