AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, July 14, 2010

Hishammuddin Perlu Jawab Bagaimana Rekod Imigresen Altantuya Hilang Baru Baiki Perkhidmatan KDN


KUALA LUMPUR 14 Julai - Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjawab terlebih dahulu persoalan bagaimana rekod perjalanan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh dengan kejam pada 2006 telah di padam daripada rekod Jabatan Imigresen sebelum mempromosi sebarang produk baru kementerian beliau.

Sivarasa berkata Hishammuddin perlu menjawab kepada rakyat Malaysia samada rekod perjalanan Altantuya terpadam daripada rekod Jabatan Imigresen secara tidak sengaja ataupun disengajakan serta siapa yang memberi arahan tersebut sekiranya dipadam.

"Tidak perlu memperbaharui perkhidmatan ataupun sistem kalau kes yang sebegini pun tidak dapat dijawab, berikan jawapan yang tepat jangan berdalih dan cara ini sahajalah yang dapat memperbaiki kesemua sistem sekalipun perkhidmatan dalam Jabatan Imigresen dan juga Kementerian Dalam Negeri.

"Kes rekod yang dipadam ini telah di bawa ke mahkamah dan ia tidak pernah dinafikan samada di luar atau dalam mahkamah. Jelas sistem KDN mempunyai unsur penyelewengan, ada arahan daripada pihak atasan agar rekod Altantuya di hapuskan," tegas Sivarasa kepada Suara Keadilan.

Tambah beliau, pembetulan bukan dilakukan kepada sistem tetapi kepada pihak pentadbiran atasan yang terlalu mengikut telunjuk pihak tertentu.

Katanya lagi, walau secanggih mana sistem atau perkhidmatan sekalipun jika wujud unsur penyelewengan maka imej KDN akan terus tercemar.

"Persoalan yang paling jelas kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak tampil untuk menafi atau membersih imej mereka terhadap isu pembabitan pembunuhan Altantuya. Inilah persoalan yang paling besar, Menteri perlu jawap persoalan tersebut dan jangan cuba melindungi sesuatu yang salah," desak Sivarasa.

Sebelum ini KDN berhasrat untuk terus menambah nilai produk 1Malaysia yang ditawarkannya seperti satu hari satu pengeluaran gantian MyKad di JPN Putrajaya, dan satu minit pemeriksaan daftar masuk dan keluar satu penumpang untuk kawalan keluar masuk di pintu-pintu masuk Imigresen.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen ketika kejadian rekod perjalanan keluar masuk Altantuya ke Malaysia adalah Datuk Seri Mahmood Adam yang kini memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009