AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, June 25, 2010

Umno-BN Abaikan Kebajikan Bekas Anggota Tentera


KUALA LUMPUR 25 Jun - Sikap kerajaan yang lepas tangan dan gagal merangka rancangan terbaik membantu anggota tentera yang telah menamatkan perkhidmatan menyebabkan ramai bekas anggota angkatan tentera mengalami kesulitan untuk meneruskan saraan kehidupan harian bersama keluarga dalam keadaan selesa.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Kementerian Pertahanan berkenaan dengan soalan berkaitan cadangan agar anggota tentera yang telah berkhidmat lebih dari sepuluh tahun tetapi kurang dua puluh tahun dimasukkan dalam skim pencen selain menyerap mereka yang telah tamat berkhidmat ke dalam perkhidmatan beruniform yang lain.

Beliau berkata jawapan pihak kementerian menunjukkan tidak ada usaha serius yang dilakukan bagi memastikan kehidupan bekas anggota tentera terus terjamin di segi kedudukan kewangan mereka.

"Melihat kepada jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad amat tidak memuaskan dengan menyatakan perkara tersebut sedang dibincangkan.

"Kelewatan kerajaan memikirkan kebajikan anggota tentera yang telah menamatkan perkhidmatan menyebabkan mereka menghadapi tekanan untuk meneruskan kehidupan. Tanpa ada skim pencen seperti yang diperolehi oleh perkhidmatan awam yang lain menyebabkan mereka hidup dalam tertekan, mereka juga terpaksa mengambil masa untuk mencari pekerjaan baru dalam mencari sumber baru pendapatan mereka.

"Jika kerajaan menyediakan skim pencen sudah tentu tidak timbul masalah tersebut, dalam usaha untuk mencari pendapatan yang lain pencen telah diperlolehi oleh mereka," kata Johari pada sidang media di parlimen semalam.

Johari menegaskan kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kebajikan setiap kakitangan mereka setelah menamatkan perkhidmatan bukan hanya tertumpu kepada yang masih bertugas.

"Kerajaan mempunyai tanggungjawab sepenuh dalam memastikan kebajikan bekas angkatan tentera terus terbela seperti pemberian pencen walaupun tempoh tugasan mereka kurang dari dua puluh tahun.

"Tindakan mengabaikan sumbangan yang telah diberikan oleh mereka itu dinafikan terus oleh kerajaan, jadi di mana penghargaan untuk mereka.

"Kita tahu angkatan tentera adalah penyumbang besar undi kepada Barisan Nasional tetapi sumbangan itu tidak dinilai oleh kerajaan yanbg dipilih mereka.

"Selain pemberian pencen kita juga berharap kerajaan dapat menempatkan mereka di satu sektor yang mengikuti kepakaran yang ada pada anggota tentera yang telah menamatkan pekerjaan, kita tahu setiap anggota tentera mempunyai kepakaran masing-masing jadi kerajaan seharusnya tidak mengabaikan kepakaran tersebut.

"Dengan kepakaran yang ada pada setiap anggota tentera yang telah tamat bertugas boleh mengurangkan penggunaan kepakaran dari luar, jangan hanya memberi peluang kepada pakar luar menyebabkan kepakaran rakyat kita terabai.

"Bagi saya kerajaan perlu mengambil serius tentang kebajikan bekas anggota tentera yang telah menamatkan perkhidmatan bukan hanya lepas tangan begitu sahaja," tegas beliau lagi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009