AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, June 25, 2010

Tindakan Saman Felda, Peluang Dedah Penyelewengan


SHAH ALAM 25 Jun - Tindakan Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) untuk mengemukakan saman ke atas akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan dan juga beberapa pemimpin KEADILAN termasuk permimpin PAS dilihat sebagai satu peluang besar membongkarkan segala penyelewengan yang berlaku di dalam Felda.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN, Datuk Zaid Ibrahim yang dihubungi memberitahu beliau mengetahu kenyataan tersebut dan sekarang hanya menunggu saman yang dikemukakan oleh Felda.

"Saya tahu dan kita menunggu saman tersebut, apa yang pasti tindakan saman yang dikemukan oleh Felda itu sebenarnya memberi peluang yang besar kepada kita untuk mendedahkan apa yang telah berlaku di dalam Felda. Bagi saya ini tidak mengejutkan saya dan kita bersedia untuk menghadapi saman tersebut," jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong juga memberitahu tindakan saman Felda itu merupakan langkah untuk kita melakukan pendedahan di dalam Felda.

"Kita sudah pasti mengganggap ini sebagai peluang untuk membongkar apa yang telah berlaku di dalam Felda, kenyatan saya pada sidang media di parlimen juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kenapa kedudukan tunai Felda boleh merosot dalam tempoh lima tahun.

"Selain itu juga alasan yang munasabah terhadap pembinaan bangunan baru Felda di kawasan yang kos tanah yang tinggi sedangkan Felda mempunyai tanah sendiri di Jalan Semarak. Perkara ini yang kita ingin penjelasan, dengan saman tersebut kita pasti kesemua persoalan dapat dibongkarkan," katanya.

Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN Pahang, Suhaimi Said yang turut dihubungi memberitahu kenyataan yang kita keluarkan di dalam akhbar Suara Keadilan adalah berhubung dengan apa yang telah diperkatakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan semasa di Parlimen.

"Kita mengeluarkan kenyataan tentang apa yang telah diperkatakan oleh Ahmad Maslan di parlimen iaitu berkaitan dengan penyusutan kedudukan tunai Felda dalam tempoh lima tahun hampir RM3 bilion.

"Jika melihat pada senario sekarang sudah pasti dalam tempoh yang terdekat Felda akan bankrap, apa yang hendak kita mahu ialah perjalanan Felda itu perlu mengikut kepada matlamat asal penubuhan Felda.

"Jawapan Menteri yang menyatakan Felda mempunyai aset yang banyak, bagi saya itu bukan boleh diukur sebagai kedudukan tunai kerana aset tidak boleh di tukarkan kepada tunai bila kita memerlukan. Kedudukan sebuah syarikat bergantung kepada kedudukan tunai ataupun simpanan.

"Tanpa kedudukan tunai yang kukuh boleh membawa sebuah syarikat itu mengalami masalah mewangan yang amat terus sehinggakan membawa kepada berlakunya pinjaman dengan bank, jika bermulanya pinjaman bank dengan sendirinya Felda akan terus terikat dengan peraturan-peraturan intitusi kewangan.

"Secara jelas kedudukan tunai amat mengerunkan Felda di masa hadapan," kata Suhaimi.

Selain pemimpin KEADILAN, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut juga disebut terlibat dalam saman tersebut dan beliau juga memberitahu kenyataan yang dikeluarkan itu mengikut fakta yang tepat dan ia juga terkandung dalam soalannya di parlimen. Jika Felda mengambil tindakan saman beliau akan mencabar saman tersebut dan mendedahkan segala fakta yang berada padanya.

Felda yang mengeluarkan kenyataan tersebut pada satu sidang medianya di Anjung Felda, Jalan Semarak pagi tadi. Sidang media itu turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Selain pemilik permit, pihaknya akan turut menamakan Ketua Pengarang akhbar itu, wartawan-wartawan terbabit dan pemimpin KEADILAN iaitu Zaid Ibrahim, Tan Kee Kwong dan Suhaimi Said serta seorang pemimpin PAS, Mohd Abdul Wahid Endut.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009