AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Wednesday, June 23, 2010

Subsidi Rakyat Mahu Ditarik Tapi Umno-BN Belanja RM7.3 Bilion Beli Scorpene


KUALA LUMPUR 23 Jun - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mempersoalkan jumlah bayaran RM6.7 bilion dana awam yang dibelanjakan Umno-Barisan Nasional untuk dua buah kapal selam Scorpene di mana urusan pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah Perancis kerana disyaki mempunyai unsur rasuah.

Tian Chua dalam soalan lisannya semalam di dalam Dewan Rakyat berhubung pembelian Scorpene kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diberitahu bayaran Euro114.96 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, penasihat politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam soalan tersebut, Tian Chua meminta Ahmad Zahid menyatakan secara terperinci jumlah nilai kontrak yang berkaitan dengan kapal selam Scorpene termasuk penyelenggaraan dan kelengkapan serta jumlah nilai bagi pembelian 40 das torpedo SM-39 Block 2 daripada Perancis dan 30 das Black Shark torpedo dari Itali.

Menteri dalam jawapannya berkata bayaran untuk “penyelarasan dan perkhidmatan bantuan” yang dibekalkan kepada Tentera Laut DiRaja Malaysia, termasuk untuk latihan mewakili 10 peratus daripada harga dua kapal selam itu, iaitu sebanyak Euro969.15 juta (RM4.85 bilion).

Kata Ahmad Zahid lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun, manakala kontrak penyelenggaraan masih di peringkat rundingan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Menjawab soalan kedua Tian Chua, Ahmad Zahid mendedahkan kerajaan membayar Euro219.265 juta (RM1.1 bilion) untuk peluru berpandu yang dijangka dibekalkan menjelang tahun 2013.

"Dalam pada kerajaan Umno-Barisan Nasional kata tidak ada duit untuk memberikan subsidi kepada rakyat, mereka sebenarnya telah membelanjakan RM7.3 bilion untuk dua kapal selam Scorpene termasuk kos penyelenggaraannya.

"Perkembangan terkini di Perancis telah menunjukkan ada unsur penyelewengan kerana rundingan kontrak ini tidak masuk akal.

"Pihak pendakwaraya sudah mula menyiasat kes pembelian kapal selam dengan serbuan yang dibuat ke atas pengeluarnya, DCN untuk mendapatkan fail berkaitan penjualan kapal selam oleh kerajaan Malaysia secara spesifiknya.

Tian Chua juga memberitahu media bahawa dalam sejarah kehakiman di Perancis, kes ini merupakan kes yang ketiga yang disiasat oleh pihak pendakwaraya Perancis terhadap syarikat yang sama melibatkan kes rasuah dalam pembelian kapal selam.

"Kes yang pertama adalah kes kapal 'fridget' tentera laut Taiwan, kes yang kedua adalah pembelian tiga kapal selam yang sama yang bernilai Euro1 bilion di mana bayaran itu telah diberikan kepada Presiden Pakistan serta Presiden Perancis untuk dana politik mereka," ujar Tian Chua lagi.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009