AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, June 8, 2010

Perdagangan Rahsia Malaysia-Israel


KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Najib Razak dicabar menafikan dua pendedahan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar atau menghentikan sikap hipokrit dalam isu keganasan Israel dalam menghalang bantuan kemunusiaan sedunia ke Gaza yang sedang dikecam oleh dunia dan rakyat Malaysia.

Mahfuz yang juga Ketua Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS berkata, kerajaan dilaporkan masih meluluskan perdagangan sejenis bahan kimia dengan rejim berkenaan secara rahsia sekitar Mac hingga April lalu.

Tidak cukup dengan itu, katanya pentadbiran Najib juga secara rahsia dilaporkan masih bersetuju memperdagangkan minyak sawit kepada negara Israel pada Mei lalu.

Menurutnya, perdagangan komersil dengan Israel masih terjalin sehingga kini sebagaimana diperkenalkan sejak Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi perdana menteri dahulu.

“Sia-sia usul kecaman zionis Israel kerana bagi saya bahawa Najib masih meneruskan polisi yang ditinggalkan oleh Tun iaitu sesiapa pun boleh memohon daripada kabinet Malaysia secara rahsia untuk apa jua komoditi yang mahu diperdagangkan dengan kerajaan Zionis ini,” kata beliau seperti dipetik media.

Beliau turut menambah, tidak ada gunanya Najib Razak membentangkan usul mengecam Israel di Dewan Rakyat semalam kerana negara secara rahsia masih menjalinkan perdagangan komersil dengan negara haram zionis itu.

“Kalau tak benar, dia kena buat penafian yang kabinetnya tidak lagi melaksanakan polisi yang ditinggalkan oleh Tun Dr Mahathir itu dan kalau benar pula, berhentilah tunjuk sikap hipokrit itu,” katanya.

Selain itu, beliau turut meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan tentang buku-buku penerbitan komersil Israel yang berada di perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sekarang.

“Takkan buku-buku yang menjelaskan prospek perdagangan dan perindustrian di negara Israel itu sengaja dibekalkan di perpustakaan MITI, kecuali untuk menggamit minat Malaysia untuk mengadakan hubungan dengan negara Zionis itu.

“Kalau memang tak ada niat apa-apa, KDN tetap perlu jawab mengapa buku sebegini diluluskan di peringkat kerajaan dan dibekalkan di perpustakaan tersebut,” katanya lagi.

Sumber: Era Pakatan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009