KUALA LUMPUR 4 Jun - Pakatan Rakyat berasa kesal dan kecewa di atas sikap Perdana Menteri yang mengasingkan diri bersama-sama rakyat untuk mengutuk dan membantah tindakan kejam tentera rejim Zionis Israel menyerang dan membunuh aktivis yang beada di atas kapal misi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla ke Semenanjung Gaza Isnin lalu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat meja bulat pimpinan Pakatan Rakyat bersama badan bukan kerajaan di Kampung Baru berkata persidangan pagi tadi telah melakar sejarahnya yang tersendiri kerana berjaya diatur dalam masa yang singkat.
Beliau turut menyatakan kekesalan kerana tidak ada wakil dari Barisan Nasional mahupun Datuk Seri Najib Razak walaupun jemputan telah diberikan lebih awal.
Turut hadir pada persidangan meja bulat termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Pusat, Nasharudin Mat Isa serta pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO.
"Saya ingin maklumkan bahawa persidangan meja bulat ini telah melakar satu sejarah kepada Pakatan Rakyat dan juga NGO, selain itu saya kesal kerana tidak ada wakil dari BN dan juga Najib dalam menyatakan pendiriannya.
"Pelan tindakan keadilan dan keamanan untuk Gaza yang telah dianjurkan pada 4 Jun 2010 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur mengambil pendirian bersama untuk mengutuk serangan Israel ke atas misi kapal kemanusiaan ke Gaza sebagai suatu tindakan ganas dan jenayah ke atas kemanusiaan.
"Dengan kesepakatan bersama kami mendesak agar tindakan Israel itu dihukum berdasarkan undang-undang antarabangsa, kami dengan ini merumuskan
1. Mengutuk dengan sekeras-kerasnya keganasan rejim Zionis Israel keatas aktivis misi keamanan berbilang warganegara.
2. Mendesak agar rejim Zionis Israel didakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan membayar pampasan sepenuhnya kepada semua mangsa yang terlibat.
3. Menuntuk supaya semua barangan bantuan kemanusiaan dipulangkan kembali kepada penganjur Freedom Flotilla sebagai hak yang mesti disampaikan kepada rakyat Palestin di Gaza.
4. Menuntuk semua badan-badan antarabangsa memastikan agar kepungan ke atas Gaza yang dikenakan oleh Israel dengan bantuan Mesir hendaklah ditarik balik.
5. Menyokong perjuangan rakyat Palestin sebagai perjuangan keadilan untuk mendapatkan hak yang sah yang perlu didokong oleh semua masyarakat dunia merentas bangsa dan agama.
"Bahawa kami bersepakat Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi memastikan hegemoni rejim Zionis Israel dikekang dan negara tidak dimanipulasi oleh mana-mana kuasa yang mempunyai kaitan dengan Israel samada secara langsung atau tidak langsung," kata Anwar.
Sumber: Suara Keadilan
0 comments:
Post a Comment