AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Friday, June 4, 2010

Keganasan Israel, Anwar Gesa Obama Bertindak Tegas


KUALA LUMPUR 4 Jun - Pakatan Rakyat menyerahkan surat kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama hari ini berhubung memorandum mengutuk serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas konvoi enam buah kapal yang menghantar bantuan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza isnin lalu.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercakap kepada media selepas menyerahkan surat itu di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur

tengahari tadi berkata rakyat Malaysia secara keseluruhannya meminta Obama mengambil serius dan bertindak segera terhadap Israel.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh umat Islam. Saya bangga dengan kehadiran yang mencecah 100,000 orang membantah kekejaman Israel," kata Anwar.

Menurut beliau, pegawai kedutaan Amerika Syarikat berjanji akan membawa surat itu kepada Obama minggu depan.

"Kita menyifatkan atas kelembutan Amerika menyebabkan Israel terus menerus melakukan keganasan walaupun dikecam masyarakat dunia.Jika Obama sewaktu mengambil kerusi presiden bertindak tegas terhadap Israel, saya yakin Israel tidak akan berani melakukan kekejaman," tegas Ketua pembangkang itu.

Anwar juga berkata pemimpin kerajaan Umno-Barisan Nasional perlu bertegas berhubung isu ini dan jangan berdiam diri sahaja.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009