AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Tuesday, June 22, 2010

Hishammuddin Digesa Tumpu Skandal PKFZ, Scorpene Bukan Isu Remeh


KUALA LUMPUR 22 Jun - Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye menasihatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein jangan panik dan bersabar menunggu masa dan tempat terbaik untuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bukti wakil rakyat KEADILAN menerima imbuhan RM2 juta untuk meninggalkan parti.

Dr Lee menasihatkan Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno agar tidak gelabah apabila Anwar mendedahkan video sogokan kepada ahli-ahli parlimen terbabit.

Sambil menasihatkan beliau menumpukan perhatian kepada isu nasional, Dr Lee juga membidas anak belas Perdana Menteri ketiga itu jangan tergesa-gesa berucap bagi pihak mereka yang melompat parti.

"Adakah beliau terpikat dengan budaya “you help me, I help you” yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?

"Sebenarnya rakyat lebih berminat dalam isu seperti PKFZ yang melibatkan penyelewengan sebanyak RM12.5 bilion, tragedi Kem 1Malaysia di Kuala Dipang di mana tiga murid sekolah rendah terkorban dan laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan salahlaku Kerajaan Persekutuan.

“Task Force demi Task Force ditubuhkan tetapi tidak ada tindakan selanjutnya. Lagipun skandal komisyen kapal selam Scopene juga dilupai oleh beliau dan seluruh kerajaan Umno-Barisan Nasional,” kata Dr Lee dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan pemimpin negara sepatutnya sanggup menunjukkan kekuatan moral dan keinginan politik untuk melawan rasuah sebagaimana komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat.

Dr Lee berkata Malaysia memerlukan transformasi secara total khususnya menggubal undang-undang seperti Akta Kebebasan Maklumat, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan memulihkan kewibawaan institusi kerajaan seperti badan kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysua dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009