AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, May 10, 2010

Taib Mahmud Rampas Tanah Masyarakat Iban Bagi Keluarga, Kroni


SIBU 10 Mei - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin calon Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng mampu memperjuangkan suara masyarakat Iban di Parlimen berhubung isu perampasan tanah adat oleh pemimpin dan kroni Barisan Nasional di Sarawak.

"Saya datang ke sini khusus untuk membantu dan memberi sokongan kepada calon kita daripada DAP, Wong Ho Leng dalam mendapat sokongan dari rakyat Sibu terutamanya masyaratak Iban di sini.

"Kita mahu sama-sama membawa perubahan kepada pemerintahan di Sibu dan juga di Sarawak, kita tukar Sarawak ini dari kerajaan yang sombong, angkuh dan merampas harta rakyat kepada sebuah kerajaan yang mampu mengembalikan hak rakyat yang telah diambil.

"Saya hairan kenapa Sarawak sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi tetapi rakyat berada dalam keadaan kemiskinan yang amat teruk. Kita dapat lihat dengan kemudahan asas masyarakat di sini, adakah ini yang masyarakat Iban mahukan," kata Anwar semasa melawat ke Rumah Panjang Bassih di Bawang Assan, Sibu semalam.

Ketua Pembangkang kesal dengan tindakan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menggunakan kuasanya untuk merampas tanah masyarakat Iban demi kepentingan keluarga dan kroninya sendiri.

"Tanah adalah nyawa masyarakat Iban tetapi Taib Mahmud guna kuasa yang dia ada rampas tanah tersebut, ini kerja BN yang tidak tahu betapa nilainya tanah tersebut kepada masyarakat Iban.

"Mereka kena ingat itu adalah nyawa orang Iban, kenapa mereka bersikap kejam dengan masyarakat di sini. Jadi sekarang tiba masa untuk kita berubah bagi mengembalikan hak kita yang selama ini telah dirampas.

"Saya mahu masyarakat Iban bangun dan lawan kerajaan yang zalim, kita buat perubahan pemerintahan sekarang. Ingat hanya calon dari Pakatan sahaja yang berani menentang kerajaan yang zalim. Biar BN sedar masyarakat Iban bukan lagi bodoh dan boleh dipermainkan lagi sekarang ini," Anwar berucap di hadapan 75 keluarga rumah panjang tersebut.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009