AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Monday, May 24, 2010

SMM tuntut Suhakam Campur Tangan kes AUKU empat Mahasiswa UKM


KUALA LUMPUR 24 Mei - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini menyerahkan memorandum menuntut supaya kes terhadap empat mahasiswa Universiti Kebangsaan digugurkan kepada Suruhan Jaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

Memorandum itu diserahkan oleh pengerusi SMM, Shazmi Munir di pejabat Suhakam Menara Tun Razak pukul 11 pagi tadi, di sini.

Shazmi selepas menyerahkan meorandum itu berkata SMM menggesa Suhakam mengambil tindakan yang sewajarnya dan meminta perkara tersebut diketengahkan dan dibincangkan dari sudut undang-undang dan hak asasi manusia tanpa ditolak begitu sahaja.

"Pertama ialah untuk membatalkan semua tuduhan dan tindakan tatatertib terhadap empat mahasiswa itu serta-merta tanpa sebarang syarat.

"Kedua meminta pihak terbabit menghormati hak autonomi mahasiswa dalam penglibatan mahasiswa di lapangan masyarakat serta menghentikan segala intimidasi terhadap mahasiswa.

"Ketiga ialah untuk mematuhi dan menghormati kebebasan bersuara mahasiswa yang terdapat dalam Artikel-19 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Artikel-10 Perlembagaan Malaysia,"

"Tuntutan yang terakhir, meminta supaya memberikan kebebasan sepenuhnya kepada mahasiswa untuk terlibat dan bersuara dalam apa jua aktiviti yang membina karisma dan idealisme tanpa dikongkong dan disekat atau diancam dengan ugutan oleh mana-mana pihak mahupun Akta Universiti dan Kolej Univertisi ," tegasnya lagi.

Sementara itu Presiden Kelab sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Hilman Adham yang juga merupakan salah seorang yang didakwa oleh pihak UKM kononnya mereka berkempen untuk Pakatan Rakyat berkata pihak polis telah menggugurkan kes terhadap mereka berempat tetapi pihak hal ehwal pelajar UKM berkeras untuk mendakwa atas alasan laporan polis telah dibuat.

Menurutnya, Timbalan Naib Chanselor UKM, Profesor Dr Ahmad Abdul Razak telah mengeluarkan kenyataan dalam media sebelum ini yang dipetik berkata kesalahan mereka berempat ialah tidak memaklumkan kepada pihak universiti mengenai lawatan mereka dan mengatakan ada kumpulan mahasiswa lain yang juga telah ke Hulu Selangor dengan kebenaran pihak universiti.

"Selalunya mahasiswa akan memaklumkan Kelab Sains Sosial jika ada lawatan sebegini, dan saya selaku Presiden Kelab Sains Sosial tidak tahu ada kumpulan pelajar lain selain kami berempat. Saya minta TNC untuk mendedahkan kumpulan lain itu, jika benarlah adanya kumpulan sebegitu," kata Hilman lagi dalam sidang media yang diadakan luar pejabat Suhakam itu.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009