AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Saturday, May 1, 2010

Polis, Media Didesak Bersihkan Nama Mangsa


SHAH ALAM 1 Mei - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan laporan polis oleh saksi kedua yang berada berhampiran tempat kejadian di mana Aminulrasyid Amzah ditembak.

Dalam sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Shah Alam petang semalam laporan kedua itu merupakan susulan daripada laporan polis pertama yang dibuat oleh rakan mangsa.

Keterangan saksi kedua tersebut dirakamkan polis mulai jam 10 malam hari Khamis dan berakhir kira-kira jam 2 pagi semalam.

Khalid berkata saksi kedua, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin, 27, tersebut tidak dapat hadir pada sidang media kerana mempunyai urusan peribadi.

Zafrullah tampil membuat laporan polis selepas menyedari keperluan dan tanggungjawab beliau untuk membantu siasatan.

Beliau merupakan jiran Aminulrasyid dan tinggal tidak jauh dari rumah mangsa.

"Dalam laporan tersebut dinyaatkan pada malam kejadian, Zafrullah mendengar bunyi tembakan yang seakan-akan bunyi mercun dan diselangi dengan bunyi siren kereta. Kemudian beliau mendengar bunyi dentuman yang kuat seolah-olah ada objek yang melanggar dinding.

"Beliau kemudiannya meluru ke tingkap rumahnya dan melihat 2 buah kereta polis sedang mengepung sebuah kereta dan ternampak seseorang sedang melarikan diri. Zafrullah kemudiannya turun dan pergi berhampiran kereta dan ternampak tubuh mangsa berhampiran kereta. Beliau berada berhampiran tempat kejadian sehinggalah pihak polis menasihatkan kepada orang ramai yang berkumpul disitu untuk beredar," ulas Khalid.

Khalid yang mengedarkan salinan laporan saksi kedua kepada media membidas pihak polis yang mengeluarkan kenyataan seolah-olah mangsa bertindak untuk melanggar anggota polis.

Media perdana turut melaporkan terdapat sebilah parang didalam kereta tersebut.

"Apa yang meragukan kepada kita ialah, bagaimana polis boleh mengatakan kereta yang di bawa mangsa mempunyai senjata tersebut sedangkan laporan yang dibuat oleh saksi kedua, tidak menyatakan pihak polis ada membawa keluar sebarang senjata dari kenderaan itu," tanya beliau.

Beliau mendesak pihak polis dan media yang terlibat membersihkan nama mangsa, rakan mangsa dan juga keluarga mereka dari prasangka negatif yang mungkin timbul dalam masyarakat.

"Kita tidak mahu masyarakat berasa cemas dan bimbang dengan kejadian yang berlaku mutakhir ini. Banyak kejadian yang melibatkan kes seperti kematian dalam tahanan dan tembakan rambang menyebabkan kepercayaan rakyat kepada institusi polis agak luntur," jelas Khalid.

Ketika ditanya mengenai penglibatan ahli politik dalam kes ini beliau berkata tanggungjawab utama pemimpin dalam masyarakat adalah untuk membantu menyelesaikan apa jua masalah serta menolak anggapan ia telah dipolitikkan.

"Kami mendesak agar diwujudkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat kes ini. Kami mahu mengembalikan keadilan dan menuntut untuk membawa mereka yang melakukan kesalahan ke muka pengadilan," tegasnya.

Beliau yakin dengan kewujudan suruhanjaya bebas kelak akan dapat memberi keyakinan kepada orang ramai berkenaan ketelusan perjalanan siasatan kejadian ini.

Selain itu, beliau turut menyeru kepada saksi lain kejadian untuk tampil memberikan kerjasama dengan membuat laporan kepada pihak polis.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009