AMK Kota Raja
Demo mansuh Tol
Demo mansuh Tol
Organisasi Deklarasi Prinsip Dasar Sasaran PRU-13 Keratan Akhbar Video Aktiviti Sertai Kami Hubungi Kami

Arkib Blog

Thursday, May 20, 2010

Permohonan Sidang Video Dr Pornthip 11 Jun


SHAH ALAM 20 Mei - Koroner inkues kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock, Azmil Muntapha Abas menetapkan 11 Jun depan bagi mendengar permohonan kerajaan negeri Selangor yang mahu pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand diberi kebenaran memberi keterangan menerusi sidang video.

Azmil berkata mahkamah perlu tahu sebab sebenar Pornthip tidak boleh hadir itu sebelum menangguhkan inkues hari ini.

Mahkamah diberitahu Dr Pornthip tidak dapat hadir bagi memberi keterangan menerusi sepucuk surat Isnin lalu tetapi bersedia memberi keterangan menerusi sidang video menurut peguam Malik Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor.

Koroner berkata inkues akan memanggil dua lagi saksi iaitu ahli majlis perbandaran Kajang, Tan Boon Wah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M Manoharan untuk memberi keterangan bulan depan apabila inkues bersambung.

Tan Hock Chuan, peguam pejabat peguam negara pula mahu permohonan dibuat secara teratur dengan sokongan affidavit.

Sumber: Suara Keadilan

0 comments:

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Copyright © 2009